• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Konvensyen Usahawan Muslim
Konvensyen Usahawan Muslim

Konvensyen Usahawan Muslim

Konvensyen Usahawan Muslim merupakan satu inisiatif terbaik yang mampu menyingkapkan kembali kepada umat Islam khususnya betapa luasnya peluang dalam bidang keusahawanan.

Keusahawanan ataupun perniagaan merupakan sumber rezeki yang terbanyak kerana 9 daripada 10 rezeki adalah berpunca daripada perniagaan atau keusahawanan.

Berbagai cabang keusahawanan yang telah wujud di Malaysia ini namun tak ramai yang mampu berjaya dan berdiri bergaya dengan lamanya.

Konvensyen Usahawan Muslim

Konvensyen Usahawan Muslim 2013 #KUM2013

Konvensyen Usahawan Muslim ini bakal merungkaikan topik mengenai keusahawana dengan bertemakan Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 07 September 2013
Tempat: Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAWI)
Waktu: 9.00 pagi – 6.00 petang

Antara Speaker hebat yang akan hadir:

Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd – Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan
Pengerusi Minsyam Sdn Bhd – Dato’ Sri Syed Zainal Abidin
Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) – Datuk Nadzim Johan
Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd – Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin
Mentor Jutawan Senyap – Dato’Dr Rusly Abdullah (Chef Li)
Penceramah Bebas – Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Ahli speaker yang hadir ini merupakan antara ikon Melayu Islam yang telah berjaya dalam mencipta nama sebagai usahawan yang berjaya.

Pendedahan mengenai rahsia kejayaan serta cara bagaimana mereka mampu berjaya dalam bidang keusahawan ini bakal didedahkan dalam Konvensyen Usahawan Muslim.

Siapa yang harus sertai Konvensyen ini?

Siapakah yang harus sertai Konvensyen ini? Berikut adalah orang perlu hadiri program ini:

  • Mereka yang berminat menjalankan perniagaan
  • Peniaga kecil
  • Peniaga sederhana
  • Golongan Usahawan di Malaysia
  • Mahasiswa (Plan masa depan)
  • Pelabur-pelabur
  • Mereka yang masih tiada pekerjaan
  • Yang baru ingin mulakan perniagaan
  • Yang sudah memulakan perniagaan
  • Kesemua golongan tanpa mengira status

Cara sertai Konvensyen Usahawan Muslim

Untuk menyertai atau menjadi salah seorang peserta Konvensyen ini anda bolehlah terus mendaftarkan diri ke laman www.konvensyenusahawanmuslim.com atau dapat info lanjut mengenai  konvensyen ini adalah seperti berikut:

Daftar sebagai peserta seorang dan berkumpulan
Ahli panel atau Speaker
Tentatif penuh perjalanan Konvensyen ini
Lokasi dan peta menuju ke tempat Konvensyen ini

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

22 Comments

error: Content is protected !!