Kontes Review Klinik Cinta

Kontes Review Klinik Cinta

Kontes Review Klinik Cinta merupakan sebuah kontes yang dianjurkan oleh Klinik Cinta dengan menawarkan tawaran hadiah menarik buat peserta.

Klinik Cinta dimana mula dibangunkan sekitar pertengahan Jun-Julai 2013  tahun ini dengan bermatlamatkan memaparkan kisah, tips serta dorongan dalam kategori cinta.

Niche Cinta dilihat mampu bertahan lama namun idea, rangsangan, strategi serta plan pemasaran untuk tempoh yang lama itu sangat perlu dititik beratkan bagi memastikan niche ini mampu bertahan lama.

Kontes Review Klinik Cinta

Kontes Review Klinik Cinta ini bermula pada 22 September sehingga 22 Oktober 2013 walaupun pada mulanya hanya ini menganjurkan sekadar 10 hari sahaja.

Turut terasa kerdil dan tertanya apakah dengan menganjurkan kontes sebegini rakan-rakan blogger yang selama ini ada akan sokong dan memeriahkan kontes ini?

Alhamdulillah tanpa disedari pencarian sponsor 5 hari sebelum bermulanya kontes mendapat sambutan yang baik daripada mereka yang berbesar hati.

Kontes Review Klinik Cinta pada mulanya hanya ini mendapat maklum balas daripada mereka yang lebih berpengalaman kini lebih kepada perkongsian mana-mana pembaca serta blogger walaupun pertama kali menjejak kaki ke laman Klinik Cinta tersebut.

Begitu juga dengan penaja-penaja yang sanggup menghulurkan bantu, hanya Allah SWT sahaja mampu membalas jasa kalian semua kerana hampir 70% daripada penaja adalah tidak pernah pun datang ke Klinik Cinta.

Ya memang diakui bahawa Klinik Cinta masih baru dan memerlukan pelbagai lagi penambahbaikan serta pembinaan jaringan secara mendadak.

Jadi permulaannya ialah dengan menganjurkan Kontes Review Klinik Cinta ini walaupun pada mulanya hanya sekadar Review sahaja dan saat-saat akhir ia bertukar menjadi 2 kategori iaitu:

  1. Kontes Review Klinik Cinta
  2. Kontes SEO Mudah

Kenapa dikatakan mudah? Kerana kata kunci yang dipertandingkan belum ada dalam senarai Google.com.my jadi pertandingan bakal menyaksikan blogger antara blogger bersaing satu sama lain dengan cara yang sihat tanpa perlu promosi sehabis-habisan entri yang mereka buat.

Hadiah Kontes Review Klinik Cinta

Hadiah Kontes Review Klinik Cinta sebenarnya hanya sekitar RM500 namun ia semakin  bertambah pada saat-saat akhir. Ini satu maklum balas yang positif daripada penaja yang ingin melihat laman ini berjaya.

Begitu juga dengan pertanyaan kenapa tidak menggunakan WordPress?

Jawapannya laman tersebut masih baru dan masih dalam proses ke arah tersebut walaupun ada kalangan mereka yang telah menggunakan WordPress.

Adalah lebih baik rasanya membina kandungan dan jaringan terlebih dahulu barulah berpindah, namun jika ada rezeki lebihan secepat mungkin akan berpindah.

Hadiah ditawarkan cukup menarik dan lumayan sehingga RM700 dengan 4 hadiah misteri buat mereka yang berjaya menawan hati para juri.

Jadi apa lagi marilah rakan blogger sama-sama membantu memeriahkan dan menyokong Kontes Review Klinik Cinta ini walaupun anda belum pernah ke laman tersebut.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

16 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!