Kompas Kiblat

Kompas Kiblat merupakan salah satu alat yang menyamai kompas tapi digunakan untuk menentukan arah kiblat di mana sahaja kita berada dengan rujukan panduan nombor indeks bandar. Ketepatan penentuan arah kiblat ini telah saya sendiri uji di beberapa negeri di Malaysia sendiri dan boleh diperakui kesahihanya, jadi bagaimana ia berfungsi?

 

Bagaimana Kompas Kiblat Berfungsi

Kompas Kiblat

Kompas Kiblat ini berfungsi hampir sama dengan fungsinya kompas biasa iaitu bagi menentukan arah tuju. Bezanya, kompas biasa kita guna bagi mencari arah jalan dan bagi kompas ini kita gunakan bagi mencari arah kiblat di mana saja kita berada.

Berikut adalah cara menggunakan Kompas Kiblat:

  • Letakkan kompas kiblat ini di atas tapak tangan kita atau objek yang landai supaya jarumnya stabil.
  • Pastikan tiada bahan tarikan magnet bagi memastikan tiada gangguan pada jarum kompas ini.
  • Dengan menggunakan buku panduan yang disediakan, lihat nombor indeks bandar mengikut negeri.
  • Pusing kompas itu supaya jarum merah kena dengan nombor indeks negeri sewaktu kita berada.
  • Lambang Ka’abah yang ada pada kompas itu menunjukkan arah kiblat sepatutnya.

Kompas Kiblat

Beli kompas ini, akan disertakan juga buku panduan. Dalam buku ini terdapat hampir semua nombor indeks bagi semua ibu negeri mengikut negara masing-masing.

Berikut merupakan nombor indeks bagi negeri-negeri di Malaysia:

  • Melaka – 80
  • Negeri Sembilan – 80
  • Selangor – 80
  • Pahang – 85
  • Perak – 85
  • Terengganu – 85
  • Kelantan – 85
  • Perlis – 85
  • Kedah – 85
  • Pulau Pinang – 85
  • Sarawak – 85
  • Sabah – 90
  • Cameron Highlands – 80
  • Seremban – 80
  • Ipoh – 85
  • Johor Bahru – 80
  • Klang – 80
  • Kota Bharu – 85
  • Kuala Lumpur – 85
  • Kuantan – 85
  • Pulau Langkawi – 85

Nombor indeks negeri inilah yang menjadi rujukan bagi kita menentukan arah kiblat dengan mengggunakan kompas ini.

Nombor ini harus ditemukan atau selarikan dengan memusing kompas tersebut sehingga jarum merah kompas tepat pada nombor tersebut.

 

Contoh Guna Kiblat Kompas

Kompas Kiblat

Sebagai contoh saya gunakan nombor indeks bagi negeri Terengganu iaitu 85.

 

Kompas Kiblat

Seterusnya tengok dari atas atau mana-mana kesesuaian arah kiblat di tempat yang kita cari.

 

Bagaimana dengan Kompas Kiblat Android

Kompas Kiblat

Dalam dunia kemajuan serba moden, kompas kini juga hadir dalam versi Android sama tapi tidak serupa. Kenapa Versi Android lebih moden dan maju namun pasti ada kekurangannya tersendiri. Kenapa begitu?

Sebab kompas kiblat ini memerlukan akses seperti sambungan internet semasa menggunakannya. Bayangkan tempat yang kita nak guna Kompas ini tiada coverage atau sambungan internet yang kuat sudah pasti arah kiblat tidak dapat ditentukan dengan sebaiknya.

Mungkin kalau berada dalam hutan susah sedikit nak guna versi android rasanya. Guna sajalah kompas asal tak susah dan boleh kerjakan solat terus.

Jadi boleh dikatakan relevan untuk lebih menggunakan kompas ini berbanding versi android, kerana hasil bacaan saya juga melihat testimoni pengguna kompas kiblat ini versi android juga kurang tepat dan juga diragui kesahihannya. Malah versi android memerlukan developer sentiasa update aplikasi mereka bagi kekal relevan penggunaannya dengan sistem terkini Android atau IOS.

Selain itu, jika anda cuba membanding Kompas Kiblat Android ini dengan Kompas Kiblat ini untuk mengetahui ketepatan arah kiblat yang betul. Anda tidak boleh gunakan degree yang ada dalam Kompas Android ini pada Kompas Kiblat yang manual. Kompas yang manual ini telah disediakan buku panduan untuk rujukan nombor indeks bagi setiap ibu negeri. Begitu juga sebaliknya menggunakan nombor indeks untuk menyemak arah kiblat menggunakan Kompas versi android ini.

Jika ada sebarang kesilapan mengenai penulisan artikel ini atau sebarang pendapat dan idea boleh luahkan di ruangan komen.

 

Semak Arah Kiblat Guna Google Maps

Jika anda mempunyai internet yang kuat dan baik semasa travel anda juga boleh menyemak kedudukan arah kiblat dengan menggunakan Google Maps ini. Cuma anda kena pastikan telefon pintar anda diletakkan di atas benda yang rata dan mudah untuk dipusing-pusing. Mulakan dengan memasukkan nama tempat, atau lokasi anda berada sekarang. Jika tak dapat dikesan atau tak jelas mungkin anda perlu dapatkan Kompas Kiblat ini sebagai simpanan untuk kemana-mana nanti.

 

Penggunaan kompas versi Google Maps ini tetap memerlukan sambungan internet untuk menggunakannya. Jadi pastikan telefon pintar anda mempunyai internet yang stabil untuk menggunakannya. Bagaimana pula kalau masuk hutan atau kawasan yang tidak mempunyai coverage yang kuat?

 

Berminat Beli Kompas Kiblat Ini?

Memandang ramai yang bertanyakan di mana boleh dapatkan Kompas Kiblat ini. Jadi kepada yang berminat ingin miliki kompas ini bolehlah hubungi saya melalui Whatssaps, Facebook atau Emel terus kepada saya. Wassalam.

Kompas Kiblat

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

55 Comments

Leave a Reply to onlajer Cancel reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!