Home Info Kompas Kiblat
Kompas Kiblat
66

Kompas Kiblat

181
66

Kompas Kiblat merupakan salah satu alat yang berupa kompas tapi digunakan untuk menentukan arah kiblat di mana sahaja kita berada dengan rujukan panduan nombor indeks bandar.

Kompas ini saya beli beberapa tahun dahulu di sebuah pasar malam di Melaka, harganya sudah lupa tapi tidaklah mahal sangat.

Ketepatan penentuan arah kiblat ini telah saya sendiri uji di beberapa negeri di Malaysia sendiri dan boleh diperakui kesahihanya, jadi bagaimana ia berfungsi?

Bagaimana Kompas Kiblat Berfungsi

Kompas Kiblat ini berfungsi hampir sama dengan fungsinya kompas biasa iaitu bagi menentukan arah tuju. Bezanya, kompas biasa kita guna bagi mencari arah jalan dan bagi kompas ini kita gunakan bagi mencari arah kiblat dimana saja kita berada.

Cara menggunakannya:

  • Letakkan kompas kiblat ini di atas tapak tangan kita atau objek yang landai supaya jarumnya stabil, seelok-eloknya adalah 1 meter daripada tinggi tanah atau lantai.
  • Pastikan jauh daripada bahan tarikan magnet bagi memastikan tiada gangguan pada jarum kompas ini.
  • Dengan menggunakan buku panduan yang disediakan, lihat nombor indeks bandar mengikut negeri.
  • Pusing kompas itu supaya jarum merah mengenakan dengan nombor indeks negeri sewaktu kita berada.
  • Lambang Ka’abah yang ada pada kompas itu menunjukkan arah kiblat sepatutnya tempat kita.

Kompas Kiblat

Beli kompas ini, akan disertakan juga buku panduan. Dalam buku ini terdapat hampir semua nombor indeks bagi semua ibu negeri mengikut negara masing-masing.

Berikut merupakan nombor indeks bagi negeri-negeri di Malaysia:

  • Melaka – 80
  • Negeri Sembilan – 80
  • Selangor – 80
  • Pahang – 85
  • Perak – 85
  • Terengganu – 85
  • Kelantan – 85
  • Perlis – 85
  • Kedah – 85
  • Pulau Pinang – 85
  • Sarawak – 85
  • Sabah – 90
  • Cameron Highlands – 80
  • Seremban – 80
  • Ipoh – 85
  • Johor Bahru – 80
  • Klang – 80
  • Kota Bharu – 85
  • Kuala Lumpur – 85
  • Kuantan – 85
  • Pulau Langkawi – 85

Nombor indeks negeri inilah yang menjadi rujukan bagi kita menentukan arah kiblat dengan mengggunakan kompas ini.

Nombor ini harus ditemukan atau selarikan dengan memusing kompas tersebut sehingga jarum merah kompas tepat pada nombor tersebut.

Contoh Guna Kiblat Kompas

Sebagai contoh saya gunakan nombor indeks bagi negeri Terengganu iaitu 85.

Kompas Kiblat

Seterusnya tengok dari atas atau mana-mana kesesuaian arah kiblat di tempat yang kita cari.

Kompas Kiblat

Bagaimana dengan Kompas Kiblat versi Android

Dalam dunia kemajuan serba moden, kompas ini guna hadir dalam versi Android sama tapi tidak serupa. Kenapa?

Kompas Kiblat

Versi Android lebih moden dan maju namun pasti ada kekurangannya tersendiri. Kenapa begitu?

Sebab kompas kiblat ini memerlukan akses seperti berikut:

PRECISE LOCATION (GPS AND NETWORK-BASED)

Allows the app to get your precise location using the Global Positioning System (GPS) or network location sources such as cell towers and Wi-Fi

APPROXIMATE LOCATION (NETWORK-BASED)

Allows the app to get your approximate location. This location is derived by location services using network location sources such as cell towers and Wi-Fi.

NETWORK COMMUNICATION

FULL NETWORK ACCESS
Allows the app to create network sockets and use custom network protocols.

PHONE CALLS

READ PHONE STATUS AND IDENTITY
Allows the app to access the phone features of the device. This permission allows the app to determine the phone number and device IDs, whether a call is active, and the remote number connected by a call.

Jadi boleh dikatakan relevan untuk lebih menggunakan kompas ini berbanding versi android, kerana hasil bacaan saya juga melihat testimoni pengguna kompas kiblat ini versi android juga kurang tepat dan juga diragui kesahihannya.

Mungkin kalau berada dalam hutan susah sedikit nak guna versi android rasanya. Guna sajalah kompas asal tak susah dan boleh kerjakan solat terus.

Jika ada sebarang kesilapan mengenai penulisan entri ini atau sebarang pendapat dan idea boleh luahkan di ruangan komen. Terima kasih :)

 

Kazen Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Comment(66)

  1. Saya takde kompas macamni. Tapi saya jam tangan Casio Prayer Compass. Ia ada kompas penunjuk kiblat disamping ada waktu solat (ada beza waktu juga).

    Model yg saya pakai sudah tidak dikeluarkan lagi. Casio keluarkan model Casio Prayer Compass yang lebih cantik.

  2. Kompas guna phone biasanya tak tepat.. Better guna kompas macam ni je lagi tepat, siap ada buku panduan untuk semak arah kiblat di tempat2 yg berlainan.. Aku pernah beli kompas macam ni tapi dah terlupa letak kat mana.. Nak kena beli lagi satu nampaknya.. Beli yg kecik senang sikit nak bawak..
    Anarm recently posted…Kad Perakuan NikahMy Profile

  3. dulu masa kecil ada nampak benda ini umh sedara sekarang benda sejadah yang melekat kt kompat ini maish wijud agi ke tak sayatak berapa pasti.kalau ada baik gunakan..

  4. Assalamu’alaikum

    Saya baru beli kompas ini di Lakefield, Sg Besi berharga RM3.90 sahaja.
    Alhamdulillah kini lebih yakin solat di dalam pejabat mengikut arah kiblat yg baru.
    Sarankan simpan satu di dalam beg galas / kereta boleh guna bila² masa.

  5. baru tau pasal cara guna kompas kat sejadah tu. Dari kecil lagi nampak, tapi tak tahu guna macam mana. lagi satu, benda ni penting especially bagi yg suka pindah randah atau travel. Bang ada tak satu apps yang paling senang nak guna walaupun tak de GPS untuk update location di android?

  6. Ada jiran aku bagi kompas ni…tp x tau pakai….ada lagi dlm laci almari…tulisan dlm kertas dah la kecik..mcm semut hitam je nmpk

  7. Assalamualaikum, saya duk cari cara guna kompas android, app waktu solat malaysia dari murad mohd zain. jumpa web ni, info sangat berguna. terima kasih . :-)

  8. Kita mmg kena cari arah kiblat yg betul, benar. Harap2 hati kami juga begitu smsa beribadah kpdnya serta mohon pertolongan agar dimudahkan segala urusan olehNya.
    Insha’Allah dgn izinNya.
    Amiinn..

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge