Ketakutan Kesilapan Kedua

Ketakutan Kesilapan Kedua

Siapa tidak takut untuk menghadapi kesilapan dalam kehidupan, hampir semua orang takut walaupun ada yang cakap buat silap itu normal dan tidak perlu gusar sangat. Apa yang membezakan dalam kesilapan yang ada dalam hidup diri kita ialah dari segi aspek manakah kesilapan kita lakukan.

Kalau setakat buat silap tak tekan suis periuk nasi semasa masak nasi itu tak perlu diceritakan sangat. Antara kesilapan yang mampu buat kita tergugat ialah kesilapan membuat keputusan dalam hidup kita.

Sebagai seorang yang pernah menghadapi situasi ini berkali-kali kesilapan sebegini amat perit sekali kerana hasilnya bukan dalam masa sebulan dua tapi ia akan kita nampak selepas bertahun lamanya.

Ketakutan Kesilapan Kedua

Dalam setiap perubahan fasa kehidupan saya akan berada di persimpangan dalam memilih pilihan yang tepat, keputusan memang sukar dibuat apabila perlu diputuskan dalam masa yang singkat dan pilihan kedua-duanya adalah baik.

Pilihan A baik dan pilihan B juga baik, tapi ini bukan pilihan cinta ok 🙂

Teringat zaman selepas PMR ada juga pilihan, zaman selepas SPM ada juga pilihan, zaman selepas Matrikulasi ada juga pilihan dan zaman untuk ke latihan industri juga ada pilihan.

Bila difikirkan kembali perjalanan kehidupan iaitu pada pilihan pertama jikalah dulu diri ini pilih pilihan B dan diri ini tak akan berada di sini.

Begitulah seterusnya sehinggalah pilihan ke latihan industri hari ini.

Pilihan dan Keputusan Membentuk Kita Hari Ini

Setiap pilihan yang kita buat pasti mempengaruhi gaya hidup dan bentuk hidup diri kita pada hari ini.

Dalam Islam sendiri menganjurkan mengadakan Solat Sunat Istikharah jika kita dalam keadaan keliru dalam membuat pilihan tapi ramai yang menyangka Solat Sunat Istikharah itu hanya untuk membuat pilihan dalam cinta dan pasangan hidup saja.

Keputusan hasil daripada sunat istikharah akan memberikan kita jalan petunjuk yang betul dan terbaik buat hidup kita.

Ya, kalau ada yang datang bertanya kepada diri ini hari adakah rasa penyesalan dalam hidup hari ini saya pasti akan menjawab saya menyesal!

Menyesal saya tidak menggunakan pendekatan sunat Istikharah dalam membuat pilihan saya 10 tahun yang dulu tapi apa pun saya terima semua ini kerana pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Penyesalan yang terasa ingin kita kembali pada zaman dulu dan betulkan kembali keadaan – siapa tak pernah fikir dan rasa demikian kan?

Mungkin anda juga pernah ada rasa ingin betulkan kembali langkah perjalanan hidup kita kan?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

25 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!