• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Kesabaran Membawa Kesuburan

Kesabaran Membawa Kesuburan

Kesabaran membawa kesuburan satu ungkapan oleh salah seorang guru. Beliau tidak mengulas panjang maksud sebalik ungkapan ini. Sebaliknya membiarkan anak-anak muridnya terjemahkan sendiri dalam skop kehidupan masing-masing.

Maka terpulang pada diri kita bagaimana kita menterjemahkan sifat sabar dalam diri kita. Sabar dalam persepsi mana dan tahap mana kesabaran dalam diri kita mampu bertahan.

Namun lebih digalakkan lagi kita jadikan sifat sabar itu satu sifat wajib dalam diri kita. Baca lagi penulisan ini bagaimana kita boleh jadikan kesabaran membawa kesuburan dalam diri kita sendiri.

 

Kesabaran Membawa Kesuburan

Kadang-kadang ada juga tahap sabar kita sendiri. Memang tidak dinafikan kita mampu hilang sabar pada sesuatu tahap yang menyakitkan. Pernahkah dan berapa kalikah kita hilang sabar?

Nilai sabar itu mampu menjadikan diri kita positif. Sebagaimana di beberapa seminar motivasi yang dihadiri. Kebanyakan motivator sentiasa mengingatkan untuk membina aura positif dalam diri kita sendiri.

 

Sabar Melakukan Ibadah

Apa-apa pun kita lebih pada permulaannya diri kita sendiri. Adakah kita seorang yang sabar dalam menunaikan solat? Sabar dalam bersedekah? Sabar dalam menolong orang lain?

Kesabaran Membawa Kesuburan

Ramai yang tergesa-gesa menunaikan solat. Kenapa tidak kita hayati setiap bacaan dan perlakuan dalam solat kita seharian? Andai kita mampu bermain sukan dengan bersungguh-sungguh, bekerja dengan bersungguh-sungguh. Malah mengulang kaji pelajaran dengan tekun kerana takut gagal dalam peperiksaan. Bagaimana dengan solat kita sendiri adakah bersungguh-sungguh dan tekun?

Didik diri dengan solat dengan tertib, kita akan belajar erti sabar. Sabar dalam solat setidak-tidaknya memberikan keuntungan kepada diri kita sendiri. Tidakkah untung itu merupakan salah satu kesuburan? Subur juga bermakna positif dan mempunyai kelebihan.

 

Sabar Saat Diuji

Seorang teman datang dalam kesedihan menceritakan ujian yang sedang beliau hadapi. Saat itu hanya kata-kata sabar yang mampu kita ucapkan untuk menenangkan rakan kita. Tapi andai kita seorang sahabat baik kita pasti akan berikan sedikit dorongan sehingga ia pulih sebaiknya.

Kesabaran Membawa Kesuburan

Pernah seorang sahabat, selepas beberapa bulan rakan kejatuhan dia datang bertanya bagaimana keadaan sekarang? Kita pasti saat itu hikmah segala yang terjadi pasti rakan kita tersebut sudah nampak.

Setiap ujian ada hikmahnya, sama ada cepat atau lambat dengan kesabaran saja kita mampu lihat hikmah tersebut. Andai kita tidak sabar adakah kita mampu lihat hikmah sebuah ujian tersebut?

Sukar untuk menahan sabar saat kita diuji. Namun kita harus tanam dalam sikap kita redha dengan ujian tersebut dan mencari penyelesaian segera. Semakin kita melawan dengan ujian semakin kita sakit. Justeru redha dan mencari jalan penyelesaian adalah sebuah kesakitan yang bakal sembuh.

Selepas kesembuhan itu pasti kita bangkit dan lebih kua daripada sebelumnya. Tanya kembali kepada diri sendiri adakah ia suatu kesuburan?

 

Sabar Ketika Membaca Buku

Semalam kita telah membeli sebuah buku. Persoalannya berapa lamakah kita ambil masa untuk habiskan masa membacanya? Adakah cepat atau lambat kita sendiri tahu jawapannya.

Kesabaran Membawa Kesuburan

Membaca buku sudah tentunya memberikan seribu satu kelebihan kepada diri sendiri. Minggu lalu ada yang menujukan soalan kepada saya kerana beliau sangat sukar menghabiskan baca sebuah buku. Lihat sedikit ulasan ini.

Kenapa kita beli buku tersebut? Adakah semata-mata kulit luarnya begitu cantik atau tajuknya begitu menarik? Atau memang anda ketahui buku tersebut benar-benar mempunyai nilai atau satu bacaan yang popular masa kini.

Saya tidak nafikan anda membeli sesbuah buku itu kerana luarannya menarik. Tapi awas anda tersilap jika anda tidak membaca ringkasan buku tersebut dahulu atau lihat sedikit kandungan buku tersebut. Tips ini penting bagi memastikan anda tidak membuang wang begitu sahaja walau membeli sebuah buku. Beli tapi tak baca bukankah itu satu pembaziran?

Berbalik kepada tajuk. Setelah kita mengeluarkan duit untuk memiliki buku tersebut dimana nilai buku tersebut bergantung kepada diri kita. Beli bermaksud kita suka dan mahukan sesuatu dari pembacaan kita ini. Jadi andaikan kita tidak punyai nilai sabar pada point pertama saya ulaskan di atas anda juga kurang nilai sabar membaca dan mentelaah buku tersebut.

Ini kerana kesedaran kita dalam meluangkan masa untuk mendapatkan sesuatu yang bermanfaat itu sangat kurang. Kita lebih suka kepada perkara yang menyeronokkan padahal tidak memberi faedah secara jangka masa panjang sekali pun.

Memetik kata-kata Tun Mahathir tempoh hari melayu itu malas dan beliau selama dua dekad sekalipun gagal mendidik melayu untuk tidak malas dan banyak lagi. Saya juga melayu dan cukup terkesan dengan pendapat beliau malas saya akui akan sifat itu.

Sedarkan diri kita sendiri itu merupakan motivasi terbaik! Ya kita memang malas sebab kurang disiplin. Kurang disiplin kerana sikap sabar itu longlai dalam diri kita sendiri. Semalas mana sekalipun bacalah buku tersebut satu bab sehari atau sebuah buku untuk setiap bulan.

Sekurang-kurangnya kita punyai sedikit cetusan minda dan idea secara dalam dengan melatih diri kita membaca. Kurangnya membaca menyebabkan kita jadi seorang yang cetek walau kita lantang sekalipun bersuara.

Jadi sabarlah mendidik diri kita sendiri rajin membaca untuk menyemai kesuburan dalam diri kita sendiri dan demi kepentingan diri dan bangsa serta agama.

 

Sabar Dengan Kritikan, Pandangan dan Pendapat

Antara salah satu fasa penting dalam hidup kita iaitu kritikan, pandangan serta pendapat. Bagaimana kita menterjemahkan sikap sabar kita saat kita menghadapi semua ini merupakan label kepada diri kita sendiri. Awas andai kita sukar mengawalnya namun syukur andai kita mampu mengawalnya.

Kesabaran Membawa Kesuburan

Memang sukar mengawal diri saat dikritik, menerima pandangan serta pendapat orang lain yang tidak sehaluan dengan kita. Apa-apa saja anda usahakan ada sahaja suara sumbang membangkangnya.

Kita berhenti seketika dan sabar. Fikirkan kembali kenapa kita menerima tentangan sedemikian rupa? Pasti ada sesuatu yang tidak kena andai kita usakan atau lakukan sesuatu dan ada sedikit halangan.

Kita tukarkan kritikan, pandangan serta pendapat atau tentangan tersebut kepada nilai positif. Nilai positif ini kita jadikan ia sebagai nilai tambah kepada usaha kita tersebut. Sebagai contoh anda ingin lancarkan satu projek perumahan dengan bajet setengah juta ringgit dengan janji hasil pulangan keuntungan dalam jangka masa 5 tahun akan datang.

Namun pembentangan projek anda dibangkang oleh beberapa pihak kerana dilabelkan terlalu tergesa-gesa mengejar keuntungan. Saat ini anda perlu letakkan sabar itu di tahap terbaik. Mereka tidak menolak pembentangan projek anda tapi ada sesuatu yang tidak kena disana.

Kita berkuasa menukarkan kepada nilai positif. Ubah jangka masa mendapat hasil pulangan keuntungan kepada 10 tahun. Biar lama masanya tapi kelebihan itu kepada kita sendiri, Kenapa?

Kerana selepas siap projek perumahan terebut beberapa faktor lain perlu dititik beratkan juga, seperti tahap keselamatan bangunan, keselamatan penghuni, kualiti bangunan dan nilai pembelian adakah berbaloi atau tidak sama ada keselesaan kediaman atau sistem kejiranan yang mesra pengguna.

Nah contoh nilai positif tersebut yang mampu memberikan nilai kesuburan dan kelebihan kepada syarikat perumahan tersebut kembali. Ini dapat menaikkan imej dan tahap kepercayaan pembeli dan pengguna kembali kepada anda. Ini sebagai contoh sahaja, terpulang kepada anda untuk terjemahkannya sendiri.

 

Sabar Dalam Mencari Rezeki

Mencari rezeki terletak dalam kategori wajib untuk menyara diri sendiri. Bagaimana kita membina diri dan hidup kita melalui rezeki yang kita perolehi. Bagaimana dengan kecukupan rezeki yang kita perolehi tersebut?

Kesabaran Membawa Kesuburan

Kita sudah berusaha payah dan sekuat mungkin dalam mencari rezeki. Namun sehingga kini kita masih merasakan tidak cukup dengan apa yang kita ada. Malah apa yang kita perolehi cepat dan sentiasa hilang dari genggaman kita sendiri.

Semakan perlu dibuat pada diri sendiri dengan segera. Mungkin kita lupa akan maksud dan takrif rezeki itu sendiri. Kita tidak sabar!

Kita terlalu tergesa-gesa mencari rezeki. Kita terlalu sibuk sehingga 24jam sehari kita digunakan untuk cari rezeki sepenuhnya. Dimana nilai sabar kita gagal terjemahkan untuk usaha mencari rezeki.

Mungkin ada salah satu bahagian usaha kita itu cacat sedikit atau secara mudah tidak mendapat berkat. Kembali kepada isi pertama sabar dalam beribadah. Bagaimana kita mengendalikan waktu beribadah kita saat kita mencari rezeki? Tanya dan semak kembali diri sendiri orang lain tidak berhak menilai tapi diri sendiri harus ubah jika ada kekurangan dalam beribadah.

Saya pernah membaca sebuah buku penulisan Nur Insyirah Shaharin Azhar yang bertajuk 9 Formula Menjemput Rezeki, sangat mengujakan kerana formula ini benar-benar memecah kebuntuan hidup. Kita perlu kenali maksud mudahnya menjemput rezeki berbanding mencari rezeki.

Saya menjemput anda turut mendapat buku ini jika anda benar-benar mahukan satu kesuburan dalam hidup anda. Anda adalah bagaimana anda bertindak!

 

Sabar Pada Terjemahan Anda

Saya tinggalkan anda dengan kesabaran membawa kesuburan pada tahap pemikiran anda sendiri. Saya meraikan kepelbagaian pendapat dan pandangan selagi mana anda lontarkannya secara ilmiah walau tidak formal sekali pun.

Pilih tahap mana kesabaran anda sendiri dengan jiwa anda sendiri yang mendidiknya. Tidak untuk kepentingan yang lain hanya namun untuk kebaikan diri anda sendiri.

Wassalam.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!