Kerjaya Diutamakan Blog DiDahulukan

Kerjaya Diutamakan Blog DiDahulukan

Kerjaya Diutamakan Blog DiDahulukan – satu ungkapan yang tak pernah lagi rasanya dibuat oleh sesiapa dan perkataan ini baru sahaja timbul di laman ini walaupun dah lama impikan saat ini. Saat-saat dalam kehidupan, setiap daripada kita mesti memiliki satu impian yang ingin kita lihat dan hadapinya.

Bagi saya kehidupan sebenar saya baru sahaja bermula setelah tamat intern dan selepas mengalami sedikit fasa kejatuhan pada bulan Ramdhan yang lalu. Jom baca sedikit beberapa impian yang telah tercapai.

Tamat Intern

Saat yang dah lama dinanti-nantikan oleh pelajar semester akhir di Universiti mana-mana sekali pun. Bagi saya tamatnya intern ini maka tamatlah saat kesengsaraan saya, lain orang lain caranya.

4 bulan menjalani latihan industri dengan hanya berbekalkan elaun Rm400 sahaja – alhamdulillah saya dapat survive sehinggalah ke akhirnya.

Dicampurkan lagi dengan beberapa konflik dan masalah – terus dan terus kuatkan semangat dan bersabar kerana itulah ujian Allah nak berikan sebelum memberikan satu nikmat hari ini.

Peluang Kerjaya

Kerjaya Diutamakan Blog DiDahulukan

Ya, sebelum saya tamat latihan industri lagi saya telah menyebarkan resume saya ke merata-rata tempat. Kita berusaha sehabis baik dan Allah bakal menilai kita dengan usaha yang kita terjemahkannya.

Rezeki memang Allah tentukan tapi kita bertanggungjawab berusaha untuk mendapatkannya dan kalau usaha kita lebih kita akan dapat lebih.

Jadi sebelum tamat latihan industri saya sudah mendapat tawaran kerja hasil usaha apa yang saya terjemahkan sepanjang praktikal saya.

Namun, 5 hari sebelum saya memulakan dunia dengan dunia kerjaya saya mendapat lagi satu tawaran kerja yang lain.

Pilihan Pertama Belum Tentu Yang Terbaik

Kerjaya Diutamakan Blog DiDahulukan

Setelah saya belajar daripada kesilapan yang lalu iaitu dalam pemilihan membuat pilihan tawaran belajar sekolah berasrama penuh, peluang melanjutkan ke Universiti, peluang memilihan tempat latihan industri dan banyak lagi, maka kali ini saya tidak nampak lagi bahawa pilihan pertama belum tentu yang terbaik.

Mungkin silap saya juga kerana yang terdahulu tidak mengambil dan menggunakan cara Islam yang betul iaitu Solat Sunat Istikharah untuk membuat pilihan dalam hidup.

Maka kali ini, peluang kerja di tempat lain dengan tawaran yang lebih bagus dan sememangnya apa yang saya impikan jadi saya membuat keputusan meletakkan jawatan dengan segera walaupun jawatan itu Chemist sekali pun.

Kehidupan baru lebih utama supaya saya dapat fokus untuk membina kehidupan saya kembali, memulakan suatu fasa yang terbaik dan yang penting dapat beribadah kepadaNya dengan lebih tenang.

Kerjaya Diutamakan Blog DiDahulukan

Kerjaya Diutamakan Blog DiDahulukan

Jadi hari ini saya sudah bekerja dan menulis blog. Situasi ini tidak merunsingkan saya kerana saya menulis blog sejak zaman belajar lagi.

Kalau di zaman belajar kita kata kita sibuk, saya rasa tidaklah begitu sibuk kerana zaman belajar semua saya buat, business, kerja part time, menulis blog, belajar, mengendalikan program dan banyak lagi.

Tapi kalau kerja pula ini bukan pertama kali saya bekerja full time saya pernah bekerja full time walau saya sedang belajar lagi dan ini bukan satu kejutan budaya bak kata orang.

Cabaran buat saya sebagai penulis separuh masa ialah masa untuk membahagikannya secara bijak dan target saya ingin berjaya kedua-duanya sekali.

Perkara ini bukan satu benda baharu kerana sudah ada mereka yang berjaya dan bagi saya 2014 adalah pemula dengannya dan Disember ini adalah persiapan menuju matlamat 2014.

InsyaAllah selagi ada usaha dan tidak berputus asa di tengah jalan kejayaan pasti milik kita dan kejayaan itu tiada had limitnya.

Wassalam 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

42 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!