Kerja Hari Sabtu

Kerja Hari Sabtu

Kerja hari Sabtu mungkin menjadi perkara yang tak ramai yang suka sebab hari beristirehat terpaksa bekerja seperti hari-hari lain.

Jika bekerja dalam kerajaan atau pejabat Sabtu dan Ahad pasti cuti tanpa perlu berfikir apa-apa, berehat dan lapangkan fikiran.

Bagi yang bekerja swasta atau sendiri, mereka tidak mengenal hari terpaksa bekerja hari demi hari kerana tanpanya kerja pada hari-hari yang berlainan dari kebiasaan pasti pendapatan itu kurang.

 

Kerja Hari Sabtu

Saya sendiri pun kadang-kadang terasa malas untuk bekerja pada hari-hari yang mana kebiasaannya orang cuti. Sebab nanti kita terasa bagaikan kita terlepas satu masa untuk bersama-sama merehatkan minda.

Tapi tak semua hari dan setiap kali, cuma sekali dua saja kita terasa demikian.

Mungkin rakan-rakan juga ada pengalaman bekerja pada hari-hari di mana orang lain bercuti kita terpaksa bekerja – bagaimana perasaan kita waktu tersebut?

Harap dapat kongsikan di ruangan komen, wassalam 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!