• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Kenapa Perlu Servis Aircond Kereta

Kenapa Perlu Servis Aircond Kereta

Kenapa perlu servis aircond kereta sedangkan kereta masih baru. Tempoh hari bila mengunjungi pusat servis kereta tertanya-tanya mengapa perlu servis aircond. Aircond atau penghawa dingin mempunyai kompressornya tersendiri.

Artikel terdahulu ada berkongsi tentang tips menjaga kereta. Kereta merupakan satu lialibiti namun sesetengah orang melabelkannya sebagai aset. Dalam memastikan prestasi kereta tetap kekal dan pick up serta mantap servis mengikut jadual adalah perlu.

Tidak kira anda memiliki kereta import atau tempatan sekali pun. Prestasi kereta lebih utama berbanding kecantikan luaran kereta itu sendiri. Untuk memastikan perjalanan anda khususnya yang berjam-jam lamanya selesa, servis mengikut jadual adalah wajib.

 

Kebaikan Utama Servis Aircond Kereta Anda

Antara kebaikan utama apabila anda servis aircond atau penghawa dingin kereta anda adalah seperti berikut:

  • Bertindak memanjangkan tempoh hayat alat ganti yang berkenaan
  • Membuatkan suasana lebih menyegarkan
  • Memberikan keselesaan semasa memandu
  • Keselamatan terjamin dengan udara yang bersih

 

Bagaimana Aircond Kereta Berfungsi

Kenapa Perlu Servis Aircond Kereta

Penghawa Dingin berfungsi dengan sistem tertutup

Aircond atau hawa dingin adalah berfungsi secara sistem tertutup. Gas aircond mengalir dan kekal dalam paip dengan berfungsi secara memindahkan haba dari satu takungan ke takungan yang lain. Jika tidak berlakunya kebocoran gas maka gas aircond tidak akan berkurang dan juga tidak habis.

Gas aircond dimampatkan oleh kompressor itu sendiri. Yang mana gas itu bersifat gas pada suhu bilik dan setelah dimampatkan ia berbentuk cecair pada tekanan tinggi. Ia juga mempunyai suhu yang melebihi suhu udara di luar kereta. Air luar yang sejuk juga berfungsi menyejukkan gas aircond dan menukarkan gas menjadi cecair.

Gas yang telah menjadi cecair akan melalui injap pengembang dan akan tersembut ke dalam gegelung penyejuk. Setelah itu ia akan bertukar kembali menjadi gas dan gas ini akan menjadi lebih sejuk seperti semburan. Ianya menjadi sejuk kerana haba telah dipindahkan keluar sebelum ia bertukar menjadi cecair lagi.

Seterusnya kipas angin dalam kereta berfungi menyejukkan gegelung penyejuk. Ia akan menyebabkan angin tersebut menjadi sejuk. Inilah angin sejuk yang dialirkan ke dalam kereta mengikut kelajuan yang kita tetapkan sendiri.

 

Basis Servis Aircond Kereta

Tidak semua jenis keluaran kereta ditentukan pada tahap dan jangka masa yang sama untuk servis aircond kereta. Kebiasaannya pada kiraan 30,000 kilometer atau 1 tahun setengah atau 1 tahun selepas kereta baru dikeluarkan adalah diharuskan untuk servis aircond kereta.

Basis servis ini adalah mungkin seperti berikut:

  • Tukar atau isi semula gas aircond dan minyak kompressor.
  • Mencuci blower atau kipas.
  • Semak dan pastikan sistem aircond berfungsi dengan baik.

 

Major Servis Aircond Kereta

Manakala sebelum melakukan servis major aircond kereta anda. Adalah perlu dilakukan pemeriksaan berkala keadaan aircond kereta anda. Major servis biasanya apabila menjangkaui 80,000 kilometer atau selepas 2 tahun penggunaan kereta.

Antara kemungkinan major servis adalah seperti berikut:

  • Tukar atau isi semula gas aircond dan minyak kompressor
  • Mencuci blower atau kipas dan gegelung penyejuk
  • Menukar penapis kabin
  • Menukar penapis kering

Bagaimanapun, terpulang kepada anda bagaimana ingin menjaga kereta anda. Jika ingin memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan baik sudah tentu servis berkala adalah perlu. Bukan sahaja mengelakkan alat ganti cepat rosak ia juga mengelakkan kos penyelenggaraan tidak meningkat. Sekali rosak sudah pasti banyak kos yang diperlukan.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

15 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!