Kenapa Perlu Nuffnang?

Kebanyakan blogger tak kira baru muncul atau tidak Nuffnang dilihat sebagai satu iklan yang wajib ada pada setiap blog. Persoalannya kenapa perlu Nuffnang tidak iklan yang lain?

Sesetengah blogger suka blognya disinari dengan iklan nuffnang bertahun lamanya walau tidak pernah mendapat hasil daripada Nuffnang sekali pun.

Kenapa Perlu Nuffnang?

Lihat saja ramai dan majoriti menggunakan Nuffnang sebagai iklan umum di blog  masing-masing, tapi berapa ramaikah yang sudah menjana duit dengan blog melalui Nuffang ini?

Saya sendiri mula berblog dengan meletakkan Nuffnang sebagai iklan pemula berikut beberapa sebab:

  • Pengaruh “rakan sebaya” blogger – sebab ramai yang letak
  • Tidak mengenakan syarat yang ketat – biasa-biasa saja
  • Mudah dan tak perlu fikir panjang
  • Tertarik sebab ada rakan blogger kongsi pendapatan mereka dapat
  • Iklan yang selalu bertukar-tukar

Itu adalah beberapa faktor umum kenapa iklan nuffnang dijadikan iklan utama dalam setiap blog. Mungkin ada juga faktor berbeza berdasarkan pendapat masing-masing.

kenapa-perlu-nuffnang

Tak Pernah Dapat Earning Dengan Nuffnang?

Saya sendiri yang menggunakan Nuffnang ini bukan tak pernah dapat, dapat jugalah walau sedikit tapi sentiasa ada. Bermula penghujung 2012 barulah saya aktif giat melakukan sesuatu untuk Nuffnang ini dan masuk saja 2013 semakin banyak walau tak pernah saya kongsikan dalam blog.

Beberapa faktor dilihat atau dianggap alasan kerana tidak dapat hasil:

  • Unique visit yang sedikit – pernah dapat jawapan dari mereka
  • Penulisan tidak kena pada niche – jawapan tindak balas mereka sewaktu awal-awal berblog dulu
  • Tidak update blogger bio dan survey pada dashboard nuffnang – kenapa perlu update selalu?
  • Tidak meletakkan banner iklan pada tempat yang sepatutnya

Itu jawapan asas yang sentiasa blogger dapat bila komplain kenapa tidak dapat hasil walau dah bertahun lamanya.

Bila Dah Dapat Ini Pula Jadi

Kenapa dapat CPUV dan CPC yang banyak tapi hasil sedikit? Ini jawapannya secara umum:

  • Anda tidak mempromosikan iklan yang dipaparkan
  • CTR tidak mencecah lebih daripada 0.04%
  • Unique Visit tidak melebihi 100 sehari

Itu jawapan umum, tapi masih menjadi pelik bila CTR 50% hasilnya hanya RM0.45 sahaja dan Unique Visit melebihi 1k sehari untuk CPUV juga tidak mendapat hasil yang banyak.

Persoalannya Tanya Diri Sendiri

Ya, persoalannya tanya diri sendiri kenapa perlu Nuffnang dan kenapa tidak dapat hasil serta kenapa hasil sedikit. Jawapan saya mudah bagi situasi menang-menang, kita yang letak bukan orang yang meminta diletakkan tak begitu?

Sekadar mengingatkan beberapa blogger yang menyalahkan Nuffnang dalam segelintir isu, kita yang memilih dan kita yang usahakan.

Mungkin ada isi tambahan daripada anda, bolehlah utarakan di bahagian komen seperti biasa. 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

83 Comments

Leave a Reply to Asyrof Asri Cancel reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!