Kenapa Harus Berhenti Menulis?

Kenapa Harus Berhenti Menulis?

Kenapa harus berhenti menulis? Itulah yang sering menjadi persoalan buat mereka yang sudah berputus asa dalam usahanya mengekalkan mementum update blog seberapa banyak mereka suka.

Kesilapan kita sendiri apabila kita meletakkan target terlalu tinggi dan ekspektasi di luar jangkaan kita sendiri dalam membangunkan sebuah blog lebih-lebih lagi bila tengok orang ada blog dan kita pun turut mahukan ada blog juga.

Kenapa Harus Berhenti Menulis?

Tanya lagi diri anda sebagai blogger kenapa harus berhenti menulis? Bagi saya satu sebab besar kenapa saya harus teruskan apa yang saya mulakan 3 tahun dulu dengan harapan untuk berjaya dalam bidang ini.

Lagi-lagi seperti saya ini yang sudah berhijrah kepada WordPress, bila sudah berada di WordPress bagi saya seumpama saya telah membeli sebuah lot tanah dan saya bina sendiri rumah di atas lot tanah yang saya beli, rumah itulah umpama blog yang kita miliki sekarang.

Jadi saya sudah miliki lot tanah sendiri dan rumah yang saya bina sendiri kenapa perlu saya biarkan ia usang begitu sedangkan modal telah dipertaruhkan untuk memilikinya.

Berminat berpindah kepada WordPress? – Dapatkan pakej menarik segera!

Bagaimana pula dengan rakan kita yang masih berada di blogspot?

Jika di blogspot anda menggunakan domain sendiri, boleh diumpamakan ibarat anda telah membeli satu cat baru bagi mencantikkan lagi rumah yang anda dapat secara percuma tapi tidak mempunyai lot tanah sepenuhnya seperti mereka di WordPress.

Tapi itu bukan alasan utama, anda juga mencorak bagaimana rumah yang anda miliki secara percuma tersebut mengikut kehendak anda sendiri, sesudah mencorak mahukah anda  tinggalkan begitu saja?

Matlamat Utama Miliki Blog?

Jangan terlalu meletakkan ekspektasi terlalu tinggi dalam mempunyai blog, sebaliknya kita harus tengok kembali apakah matlamat utama kita miliki blog.

Apa yang kita buat untuk blog, apa yang kita mahukan daripada blog dan berapa lamakah kita mahu bersama dengan blog?

Bagi saya pada mulanya saya dirikan blog secara suka-suka atas dasar minat namun lama kelamaan bila saya sendiri selongkar di sebalik blog ini kita mampu buat duit dengan blog.

Alhamdulillah sehingga hari ini saya masih mendapat duit dari blog walaupun Ramadhan lalu saya terpaksa berhenti seketika menulis.

Perlukah Update Blog Setiap Hari?

Perlukah update blog setiap hari sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Kita yang tentukan apa kategori atau niche blog kita sendiri.

Kalau blog info sudah pasti perlukan update hampir setiap hari tapi tidak semestinya, kalaulah blog itu peribadi itu lagilah terpulang pada diri kita sendiri bila kita mahu update blog kita.

Cuma yang menentukan hidup blog kita atau tidak adalah pembaca dan trafiik, saya tidaklah sehebat blogger lain yang mempunyai blog yang popular dan traffik ribuan setiap hari namun saya mampu mengucapkan Alhamdulillah sepanjang saya tinggalkan blog trafik tidak mengecewakan.

Jadi jangan jadikan alasan tidak mampu update blog setiap hari sebagai penyebab untuk anda tidak update blog.

Memiliki blog adalah mudah tapi untuk mengekalkannya adalah satu cabaran, maaf kalau penulisan ini tidak menepati pendapat anda tapi anda boleh tinggalkan komentar bernas anda di ruangan komen di bawah.

Wassalam 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

28 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!