Kebas Kaki Dua Hari

Kebas Kaki Dua Hari

4 hari lalu terasa kaki sebelah kanan kejang seluruhnya sehinggakan berjalan pun dalam keadaan menyakitkan. Tidak kurang juga semasa duduk di kerusi tidak dapat memperbetulkan kedudukan kaki seperti biasa namun cuba gagahkan juga pergerakan kaki seperti biasa, kononnya tidak ada apa-apa.

Dan waktu Zohor pada hari yang sama saya cuba tidur cara yang di ajarkan oleh Kak Suri tempoh hari dalam blognya.

Cara memperbetulkan atau elokkan sakit belakang rasanya dengan tidur tanpa beralaskan bantal – bermakna tidur aras kepala sama dengan aras badan.

Mula-mula memang rasa tidak selesa sebab saya amat-amat payah untuk tidur tanpa alas di kepala, namun dengan tidur telentang terasa sedikit kurangnya kepayahan itu.

Alhamdulillah terasa sedikit kelegaan sakit kaki selepas tidur gaya tersebut.

Kebas Kaki Dua Hari

Terperasan pula bahagian pergelangan kaki ini seperti tidak rasa apa-apa!

Mula terasa sewaktu menunaikan solat lagi-lagi sewaktu duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir.

Semalam semasa lepak menonton tv barulah terasa ingin cek kaki sendiri – sibuk punya pasal kaki sendiri lupa cek.

Memang terasa, bahagian pergelangan kaki tiada darah mengalir!

Terasa sengal, kebas dan tidak sakit bahagian itu.

Ada juga cuba menghubungi tukang urut di kawasan perumahan di sini tapi tiada respon, mahu berniaga ke tidak tukang urut ini.

Jadi malas fikir panjang saya fikir saya sendiri boleh jadi tukang urut, cuma terasa kekok dan sedikit payah sebab urut kaki sendiri.

Harap-harap hari ini semakin ok, insyaAllah 🙂

#Takut juga darah tak mengalir bahagian kaki.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

16 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!