• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Kawan Yang Patut Kita Jauhi
Kawan Yang Patut Kita Jauhi

Kawan Yang Patut Kita Jauhi

Kawan yang patut kita jauhi antara kawan-kawan yang bakal mengganggu gugat kehidupan kita sama ada pada masa kini atau masa akan datang. Jangan diputuskan perhubungan persaudaraan dan silaturrahim kerana itu ditegah dalam Islam namun digalakkan untuk berhubung secara baik dan memberi kebaikan satu sama lain.

Ketika hati sedang gundah gulana kita pasti mencari kawan untuk berkongsi permasalahan dan kegurasan hati kita.

Namun tak semua kawan boleh dijadikan teman dan kalanya mereka bisa menjadi lawan yang paling berbisa kepada kita kelak.

Sebelum pergi jauh saya minta maaf entri ini adalah tidak ada kaitan dengan mana-mana blogger atau insan sekali pun sekadar menjawab pertanyaan emel pembaca ke email saya tempoh hari.

 

Kawan Yang Patut Kita Jauhi

Kawan Yang Patut Kita Jauhi

Jika anda masih ingat akan artikel penulisan yang sedikit kontrovesi dan sering mendapat bacaan ramai iaitu Cara Melupakan Sahabat Yang Jahat maka penulisan ini bukan suatu yang asing lagi.

Kawan, sahabat dan lawan sudah tentu satu perbezaan yang sangat ketara.

Sesetengah orang sangat tidak percayakan seorang kawan berbanding dengan seorang sahabat.

Jadi kita perlu bezakan siapa kawan kita dan siapa sahabat kita dalam kehidupan seharian kita.

Kita yang masih bujang sebegini kawan memang memainkan peranan penting namun ada juga sehinggakan kawan serumah pun belum tentu kita dapat percaya 100% .

Jadi jangan terlalu meletakkan kepercayaan dalam berkawan lagi-lagi dalam hal yang mustahak dan penting.

5 Kawan Yang Patut Kita Jauhi

Kawan Yang Patut Kita Jauhi

Pengalaman berkawan memang cukup memeritkan ada berbagai ragam dan macam yang perlu kita tahu. Kita juga tak sempurna dari pandangan orang lain.

Jadi cukuplah sekadar jauhi bukannya memutuskan hubungan persaudaraan.

Antara kawan yang patut kita jauhi secara berhemah:

  • Kawan yang hanya pentingkan diri sendiri
  • Kawan yang suka mengambil kesempatan
  • Kawan yang suka memberi helah dan menikam kita dalam diam
  • Kawan yang hilang saat susah , ada saat senang.
  • Kawan yang lupakan kawan kerana seorang perempuan

Nak berkawan dengan siapa pun tak salah selagi mana kita tidak terpengaruh apa yang tidak baik daripada seorang kawan.

Pengaruhi dan Terpengaruh

Kawan Yang Patut Kita Jauhi

Sebaliknya kitalah yang mempengaruhi kawan kita untuk berubah dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Sangat sukar untuk kita ketemu seorang kawan seperti ini.

Ada kawan yang sama-sama dengan kita saat kita sedang menuju sebuah kesenangan namun akhirnya mereka mampu gelakkan kita saat kita berada dalam kejatuhan.

Dalam masa yang sama mereka hidup senang lenang melupakan kita yang sedang menderita seorang diri.

Jangan terlalu pentingkan seorang kawan daripada segala-galanya, kelak kita sendiri akan sakit. Kita perlu bezakan mana kawan yang boleh menjadi lawan dan yang mana kawan bisa menjadi sahabat kita.

Siapa kawan anda dan bagaimana sifat seorang kawan anda, andalah yang memilih dan menilainya.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!