Kalau Aku Kaya

Kalau Aku Kaya

Kalau aku kaya apakah akan terjadi, bisakah aku mengubah nasib hidup sendiri atau nasib hidup orang sekeliling aku dan juga rakan-rakan aku? Kekayaan menjadi idaman hampir setiap orang agar hidup menjadi senang lenang bagi persepsi awal tanpa melihat panjang ke depan.

Kaya dan mempunyai apa yang inginkan sudah pasti menjadi kegirangan sebagaimana lagu dendangan Altimet dan Awi Rafael dalam lagunya yang berjudul “Kalaulah Aku Kaya”, kegirangan lagu ini melantunkan kegembiraan apabila menjadi kaya.

Kalau Aku Kaya

Kalau aku kaya bukan senang ke sana-sini berpusing-pusing kota raya membeli belah di pasaraya, begitukah?

Matlamat untuk memiliki kekayaan adalah bermula dengan target kita sendiri dan usaha yang kita canangkan bertahun lama, jarang dilihat untuk mendapat kekayaan secepat mungkin dalam sekelip mata melainkan anda pergi merompak bank mahupun menghasilkan wang tunai sendiri, hehe.

Kalau diri ini kaya, tetapi terlalu kaya juga tidak akan memberi kesenangan sekalipun. Ada orang sampai demand ingin duit sekian-sekian beberapa ribu untuk menampung kehidupan sehariannya atau sebulannya. Tapi dia lupa permintaannya itu belum memikirkan secara rasional dan semasak-masaknya.

Mana mungkin anda membuat permintaan inginkan kekayaan sedangkan usaha pada diri kita sendiri tiada dan hakikatnya yang sebenar kita tidaklah memerlukan sebuah kekayaan yang melampau, pendek kata apa ertinya kaya kalau kita lupa diri lupa pencipta.

Bahkan kaya, belum kaya lagi pun solat berlubang-lubang inikan pula kaya terus tidak solat begitukah?

Kalau Aku Kaya

Kalau Aku Kaya, Kemana Aku Belanjakannya?

Ya, kemana kita akan belanjakan kekayaan kita miliki tersebut?

Antara yang menjadi kebiasaan angan-angan orang kita apabila lepas ini menjadi kaya:

  • Sedekahkan sebahagian harta kepada anak-anak yatim
  • Sedekahkan sebahagian harta kepada orang-orang miskin
  • Bantu bayar bil keluarga dan jiran tetangga?
  • Bina sekolah swasta, bina masjid, bina surau
  • Belikan pakaian kepada mereka yang memerlukan
  • Buat apa yang patut
  • Beli apa yang kit inginkan
  • Beli rumah besar-besar
  • Beli kereta besar-besar
  • Miliki isteri besar?
  • Pergi mengerjakan umrah dan haji
  • Berbagai lagi angan-angan dan impian bermain di fikiran

Itu sebelum menjadi kaya, tapi apabila menjadi kaya kita akan rasai bahawa apa yang kita miliki itu takkan mencukupi pun buat diri kita, sebab itulah sifat fitrah kita sendiri sentiasa rasa tidak mencukupi dengan apa yang ada.

Sikap itu sememangnya ada dalam diri mana-mana manusia yang membezakannya ialah kecil atau besar sikap itu.

Seperti sewaktu kita kecil atau zaman kanak-kanak dahulu, wang bernilai RM10 sudah cukup besar bagi kita manakala RM50 boleh dianggap kaya dikalangan kanak-kanak.

Namun bila kita sudah dewasa, Rm10 dan Rm50 itu kecil nilainya kerana sekali tarik sudah habis begitu saja. Itulah perumpaannya besarnya kehidupan kita besarlah keperluan dan belanja kita.

Kalau Aku Kaya Hidup Senang Lenang?

Ingat hidup senang mahupun kaya, setiap daripada itu ada ujian dan masalah tersendiri.

Tak bermakna kita kaya kita akan hidup senang lenang dan tiada masalah dalam hidup, begitu juga kalau tidak kaya sekali pun kita tetap ada masalah dan berfikir bagaimana untuk tingkatkan taraf hidup kita hari demi hari.

Usahlah terlalu mengharapkan gunung yang tinggi, jika ia bukanlah satu keperluan yang perlu bagi kita dan hidup kita, kekayaan tidak menjamin segalanya walaupun ada pepatah mengatakan wang adalah segala-galanya.

 

Entri Kalau Aku Kaya ini adalah olahan kembali daripada entri asal Kalau Aku Kaya di Denaihati.com mengikut idea, citarasa dan pemikiran penulis serta sedikit campuran pengalaman.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

26 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!