Kahwin Lambat Atau Cepat

Kahwin Lambat Atau Cepat

Kahwin lambat atau cepat menjadi persoalan utama buat muda-mudi yang sedang hangat bercinta dan juga yang tak bercinta sekali pun.

Kahwin Lambat Atau Cepat

Kalau ingin dibicarakan mengenai kebaikan kahwin lambat atau cepat sudah ramai yang ketahui. Tidak kira dari sudut pandangan adat, manusia serta agama sendiri, kita masing-masing sudah mampu menilai baik buruk sama ada ingin berkahwin lambat atau cepat.

Bagi anda mana pilihan kahwin lambat ke cepat?

Buat yang ingin kahwin lambat kemungkinan mereka ini:

  1. Belum punya teman idaman hidup.
  2. Belum punya kewangan yang stabil.
  3. Belum sedia sepenuhnya.
  4. Belum sedia dari segi ilmu agama.
  5. Belum sedia untuk lebih serius – tahu main-main saja.
  6. Belum ada pekerjaan yang tetap.
  7. Belum rasa ingin mempunyai isteri.
  8. Belum rasa ingin tamatkan zaman bujangnya.
  9. Belum rasa puas untuk bersuka-suka.
  10. Belum berani untuk masuk merisik anak orang.

Buat yang ingin kahwin cepat kemungkinan mereka ini:

  1. Sudah mempunyai teman hidup pilihan.
  2. Sudah sedia memimpin teman hidup bersama-sama.
  3. Sudah tidak mahu bersuka-ria.
  4. Sudah sedia ingin tamatkan zaman bujang.
  5. Sudah mempunyai matlamat yang lebih jauh.
  6. Sudah mampu berfikir lebih matang.
  7. Sudah sedia ingin menjadi lebih bertanggungjawab.
  8. Sudah mempunyai kewangan yang cukup dan stabil.
  9. Sudah berfikir bahawa kepentingan hidup berpasangan lebih baik dan dapat mengelakkan maksiat.
  10. Sudah mampu menguruskan hidup dengan teratur dan ingin lebih kesempurnaan dalam agama.

 

Buat Yang Ingin Kahwin Awal

Betul kita ingin elakkan maksiat, ingin segerakan apa yang wajib dan ingin kehidupan yang lebih berkat. Buat kaum adam sangat di hormati jika kahwin awal kerana berani meninggalkan zaman bujang dan mengelakkan maksiat, tapi kita juga mesti ingat mak ayah kepada perempuan yang ingin kita kahwini. Bagaimana susahnya mereka membesarkan anak perempuan mereka adalah tak sama dengan membesarkan anak lelaki.

Jika mereka lebih suka anak mereka dikahwinkan awal itu, alhamdulillah. Tapi jika tidak suka mengahwinkan anak mereka awal bukan bermakna anda ditolak atau mereka tidak fikir soal agama sekali pun tapi kerisauan terhadap anak mereka amat tinggi.

Betul kahwin rezeki akan bertambah, tapi jika kita tidak ada pekerjaan dan tiada usaha untuk mencari rezeki mana nak datangnya rezeki itu betul?

Sekadar renungan buat diri sendiri dan jika anda ada idea atau pendapat masing-masing jangan lupa tinggalkan di ruangan komen secara berhemah dan ilmiah.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

10 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!