• Home
  • /
  • Islam
  • /
  • Kadar Zakat Fitrah Tahun 2017 Bersamaan 1438H

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2017 Bersamaan 1438H

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua sahabat dan pembaca yang beragama Islam. Rasanya baru tahun lepas kita berpuasa kini sudah pula memasuki Ramadhan 1438H. Kadar Zakat Fitrah tahun 2017 ini atau bersamaan 1438 Hijrah sebagai panduan untuk kita menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam.

Jika dilihat kadar zakat tahun ini tidak banyak perbezaannya dengan Kadar Zakat Fitrah tahun 2016 yang lalu. Kebanyakkan kadar zakat masih sama untuk kesemua negeri. Semoga kita semua dapat menunaikan kewajipan ini dengan hati yang lapang dan penuh dengan keikhlasan.

 

Firman Allah S.W.T:

“Dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat dan kebaikan apa sahaja yang diusahakan bagi dirimu, tentu kamu akan dapat pahalanya pada sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan”

(Surah Al-Baqarah: 110)

 

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2017 / 1438H

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2017

Berikut adalah kadar zakat fitrah tahun 2017 Masihi atau juga bersamaan dengan 1438 Hijrah. Artikel Kadar Zakat ini adalah sumber daripada Majlis Agama Negeri-Negeri (MAIN) dan juga Agensi Mengurus Zakat (AMZ).

 

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2017 mengikut negeri:

  • Perlis : RM7.00
  • Melaka : RM6.70
  • Kedah : RM7.00
  • Johor : RM7.00
  • Pulau Pinang : RM7.00
  • Pahang : RM7.00
  • Perak : RM7.00
  • Terengganu : RM7.00
  • Selangor : RM7.00
  • Kelantan : RM7.00
  • Wilayah Persekutuan : RM7.00
  • Sabah : RM7.00
  • Negeri Sembilan : RM6.50
  • Sarawak : RM7.00

 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

كل عملِ ابنِ آدمَ يُضاعفُ الحسنةَ عشرةَ أمثالها إلى سبعمائةِ ضعفٍ . قال اللهُ عزَّ وجلَّ : إلا الصومُ . فإنَّهُ لي وأنا أجزي بهِ . يَدَعُ شهوتَه وطعامَه من أجلي . للصائمِ فرحتانِ : فرحةٌ عند فطرِه ، وفرحةٌ عند لقاءِ ربِّهِ . ولخُلوفٌ فيهِ أطيبُ عند اللهِ من ريحِ المسكِ .

“Setiap amalan anak Adam akan digandakan kebaikannya sebanyak 10 kali serupa dengannya sehingga 700 kali ganda. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Melainkan puasa, maka sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa itu sanggup meninggalkan syahwat dan makanannya semata-mata kerana Ku.” Bagi oran yang berpuasa, dia aka mendapat dua kegembiraan, iaitu kegembiraan semasa dia berbuka puasa dan kegembiraan semasa dia berjumpa Tuhannya. Sedangkan bau busuk dari mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding bau haruman kasturi.”

Hadis Riwayat Muslim

 

Syarat Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah

Adalah wajib mengeluarkan Zakat Fitrah kepada orang Islam untuk diri, keluarga dan tanggungannya tertakluk kepada syarat seperti demikian. Orang Islam yang mempunyai lebihan makanan atau harta dari keperluan diri dan tanggungannya pada malam dan juga hari raya Aidilfitri.

Seterusnya, mereka yang hidup dalam sebahagian daripada kedua-dua bulan Ramadhan dan Syawal. Pertama, iaitu anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan masih hidup selepas terbenam matahari.

Kedua, mereka yang memeluk Islam sebelum terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadhan dan masih berkekalan Islammnya. Ketiga pula seseorang yang meninggal dunia selepas terbenamnya matahari akhir bulan Ramadhan.

Semoga kita semua dikurniakan amalan puasa yang diberkati dan diterima olehNya sebaik-baik. Ayuh pastikan Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

Wassalam.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

16 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!