Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Sedar tak sedar inilah kita hari ini sudah menjangkaui masa dengan cepat. Cerita tentang kehidupan, tips, hartanah dan bermacam lagi kini sudah masuk ke bulan yang mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi turning point dan medan menambahkan lagi amal ibadah serta sedekah jariah kita semua. Membuat amal kebaikan di bulan Ramadhan dijanjikan berlipat ganda pahal ganjaran. Jika kita seorang penulis, tulislah perkara yang baik-baik. Jika seorang pelajar maka gunakan masa yang lapang untuk membuat amalan sunat di bulan ini.
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.”
(HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)
Kadar Zakat Fitrah Tahun 2016 M / 1437 H
Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2016M atau juga bersamaan dengan 1437H. Sumber kadar zakat ini adalah Majlis Agama Negeri-Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ).
Kadar Zakat Fitrah Tahun 2016 mengikut negeri:
- Wilayah Persekutuan : RM7.00
- Selangor : RM7.00
- Johor : RM6.00/RM8.00
- Terengganu : RM7.00
- Perak : RM7.00
- Pulau Pinang : RM7.00
- Pahang : RM7.00
- Kelantan : RM7.00
- Kedah : RM7.00
- Perlis : RM7.00
- Negeri Sembilan : RM6.50
- Melaka : RM6.70
- Sabah : RM7.00
- Sarawak : RM7.00
Semoga kita semua berjaya menunaikan tuntutan membayar zakat ini. Zakat fitrah ini berfungsi juga mendidik hati dan menjauhi diri kita daripada bersifat kedekut dan mementing diri sendiri. Ia juga sebagai penampung ibadah puasa kita yang mungkin dan kekurangan dek kerana kelakuan kita ketika berpuasa.
Dengan menunaikan Zakat Fitrah secara tidak langsung kita akan membantu mereka yang memerlukan dengan pembahagian dana zakat melalui Lembaga Zakat yang dilantik secara sah kepada fakir miskin yang memerlukan sumbangan.
Tidaklah kita yang berkemampuan sahaja yang menikmati hari raya dengan gembira. Tapi dengan mendapat dana zakat ini mereka juga menjadi lega dan mampu menyambut kemeriahan hari raya sama seperti saudara-saudara mereka yang lain.
Secara tidak langsung penetapan fardhu menunaikan zakat fitrah ini mewajibkan kita bersedekah kepada yang memerlukan mengikut isi rumah keluarga pembayar masing-masing. Selamat menunaikan Zakat Fitrah.
25 Comments
anuar
15 June, 2016 at 7:56 AMTwitter: Alhamdulillah..
zakat fitrah ni wajib ditunaikan oleh semua umat islam yg berkemampuan.. semoga kita dapat sama-sama menunaikannya..
anuar recently posted…Confirm! Restoran Simpang Tiga Ipoh Telah pun menyertai Program Mykad Smart Shopper (MSSP)
Raihanah Ahmad
15 June, 2016 at 10:32 AMthanks info ni ya tuan
ajumohit
15 June, 2016 at 8:24 PMalhamdulillah kami dah melunaskan bayaran zakat fitrah ni, tq for sharing 😉
ajumohit recently posted…Welcome home Savvy
Bahrain
16 June, 2016 at 11:49 PMTwitter: bhr4in
Thanks atas info. nak kena bayar zakat sat ni..
Bahrain recently posted…Movie Warcraft Best Ke Tak?
titan
17 June, 2016 at 8:14 AMbayar kat sekolah aje.
afdal bayar tempat kita kerja.
lagi molek..bila diorang datang sekolah.
senang aku tak payah nak online atau cari meja zakat.
titan recently posted…The Journey’s no fun IF you know WHERE you’re going.
siti hazreen
17 June, 2016 at 11:02 PMsaya duduk di negeri sembilan 🙂
siti hazreen recently posted…Bahaya: CJ WOWShop dan Go Shop
Afif Rayyan
19 June, 2016 at 3:02 AMSaya dah bayar aritu.. lepas satu tanggungjawab.. ehehe
Afif Rayyan recently posted…Senarai Bangunan Bersejarah Di Malaysia
nikkhazami
19 June, 2016 at 10:30 PMTwitter: nikkhazami
semoga semua dapat tunaikan zakat tahun ni. jangan tangguh2 hingga ke hujung ramadan
nikkhazami recently posted…Jualan Murah Lazada Raya 2016
apdm
20 June, 2016 at 12:19 AMsemoga zakat kita diterima . selamat menyambut bulan ramadhan..
apdm recently posted…Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM
arnie
20 June, 2016 at 12:20 AMTwitter: genkimomma
Average semua negeri dalam rm7 ya.. Thank you share info nie..
design rumah
20 June, 2016 at 4:45 PMperkongsian yang menarik. diharapkan ianya dapat memberikan manfaat bagi diluar sana.
teruskan update blog ini
design rumah recently posted…Renovate Rumah Baru
Amir Mazlan
20 June, 2016 at 5:42 PMselalunya bayar hari jumaat minggu last ramadan..tradisi tiap2 tahun 😀
Amir Mazlan recently posted…Apa yang best bila buat duit dari rumah dengan bisnes dropship
umiadam
21 June, 2016 at 8:31 AMbelum bayar… hehe… sebelum raya mesti bayar. tak leh tangguh2 ni
umiadam recently posted…Menyusu Dan Berpuasa, Mampukah Saya Seorang Ibu?
raihanah
21 June, 2016 at 9:05 AMbole jadi rujukan kepada pembayar zakat
Mus
21 June, 2016 at 12:22 PMTwitter: mustaffayasin
terima kasih kongsi info..
saya belum lagi bayar zakat… inshaallah jumaat ni
Mus recently posted…Juadah Nasi Kukus Sedap Di Raja Nasi Kukus (RNK), Kota Kinabalu
zik
21 June, 2016 at 6:05 PMtahun lepas dah nak hujung2 kena bayar untuk tiga orang..
zik recently posted…Video highlights England 2-1 Wales 16 june 2016
mrhanafi
21 June, 2016 at 11:22 PMtidak jauh beza antara negeri berkaitan zakak ini..
mrhanafi recently posted…Obses Media Sosial Dalam Kehidupan
Pontianak Kota Bersinar
22 June, 2016 at 1:11 AMTerimkasih sudah berbagi informasi yang berguna ini bang
Bisnes Online
23 June, 2016 at 9:59 AMperingatan ni, saya pun belum lagi tunaikan zakat fitrah ini
Bisnes Online recently posted…Program Referral Yang Berbentuk Recurring
aishah
25 June, 2016 at 3:44 PMTwitter: aishahamin
terima kasih tuan atas info ini
aishah recently posted…4 formula untuk mula bisnes tanpa produk
hasrozi
29 June, 2016 at 10:43 PMAlhamdulillah… dah settle bayar zakat..
hasrozi recently posted…Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Jobdirumah ?
Ani Haryani
30 June, 2016 at 11:55 AMTerima kasih atas infonya 🙂
Ani Haryani recently posted…Cara Merawat Batu Karang Dengan Shaklee
Hairul Hissam
30 June, 2016 at 1:30 PMsaya bayar kat tesco… bagus skrg banyak kaunter zakat dibuka di hypermarket…
Hairul Hissam recently posted…Bisnes Air Balang Katira Paling Sedap (Testimonial). Untuk Rumah Terbuka, Kenduri, Hari Raya Pun Boleh.
Uncle Zuan
2 July, 2016 at 3:30 PMTwitter: unclezuan
info yang sangat berguna. hehe thanks.
ops lupa, tak bayar lagi zakat fitrah
Uncle Zuan recently posted…VIDEO: Jalan-Jalan di Singapura
Wan
14 July, 2016 at 9:29 PMTwitter: Wantrader82
Alhamdulillah terlaksana sudah tuntutan….