Kadar Zakat Fitrah Tahun 2015

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2015 ini adalah untuk semua negeri di Malaysia. Zakat Fitrah ditunaikan setiap kali tibanya bulan Ramadhan sehingga waktu terakhir di pagi 1 Syawal setiap tahun. Setiap tahun kita berkobar-kobar ingin menyambut kedatangan Ramadhan.

Namun belum pun separuh bulan berpuasa jiwa kita terhadap penghayatan bulan Ramadhan sudah sedikit demi sedikit hilang. Ramai yang mengejar baju raya diwaktu sepatutnya kita menunaikan solat Terawikh.

Hari ini boleh dilihat baru sahaja 10 hari berpuasa ramai yang sudah sibuk bermain mercun. Malam selepas Maghrib sudah berkejar-kejar menuju pasaraya untuk membeli-belah. Tambahan juga ada yang lupa akan Zakat Fitrah sehingga pagi hari raya nanti.

 

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2015 Seluruh Malaysia

Berikut adalah senarai Kadar Zakat Fitrah bagi tahun ini meliputi seluruh Malaysia:

  • Perlis = RM6.50
  • Kedah = RM7.00
  • Pulau Pinang = RM7.00
  • Perak = RM7.00
  • Selangor = RM7.00
  • Negeri Sembilan = RM6.50
  • Melaka = RM6.70
  • Johor = RM8.00
  • Pahang = RM7.00
  • Terengganu = RM7.60
  • Kelantan = RM7.00
  • Sarawak = RM7.00
  • Sabah = RM7.00
  • WP – Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan = RM7.00

Semoga amal ibadah kita pada bulan Ramadhan ini akan diterima oleh Allah S.W.T dan selamat menunaikan zakat fitrah masing-masing.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

7 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!