• Home
  • /
  • Events
  • /
  • Jumpa di Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013
Jumpa di Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

Jumpa di Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

Pertama sekali panjangkan syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya diberi juga kesempatan dan permudahkan jalan menuju ke Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 kali ini di Hotel Singgah Sana, Petaling Jaya.

seminar-buat-duit-dengan-blog-denaihati

Perjalanan Menuju ke Seminar

Ini adalah kali pertama turun ke program anjuran Denaihati dan semoga mendapat input yang terbaik semasa seminar nanti.

Setelah hampir 3 hari cari jalan penyelesaian untuk ke Seminar ini, alhamdulillah semalam dapat juga jalan yang mudah untuk kesana dengan bantuan beberapa orang rakan.

Perjalanan menuju ke Seminar akan memakan masa 2 hari sebab teknikal masalah kenderaan, insyaAllah Zohor hari ini akan memulakan perjalanan.

Singgah beberapa tempat sebagai mencukupkan waktu sehingga sampai ke destinasi yang di tuju, semoga dipermudahkan segala urusan.

Hentian terakhir sebelum ke destinasi

Jumpa disana

Jadi jumpa para blogger disana nanti.

Saya ini pemalu sikit haha, mintak-mintak tegur dan sapa lah kalau jumpa kat dalam seminar nanti.

Pagi esok dalam pukul 7 akan sampai ke LRT Taman Jaya Persiaran Barat, ada sesiapa nak pick up tak?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

32 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!