Jom Berehat Seketika

Bercuti sehingga beberapa hari merupakan satu cabaran buat penulis seperti kita hari ini kerana apabila bercuti kita mahu luangkan masa bersama keluarga dan dalam masa yang sama kita tidak mahu ketinggalan penulisan harian kita.

Terasa sedikit menipu jika saya bercuti daripada menulis tanpa sebarang keuzuran hehe.

Paling mampu bertahan pun separuh hari, separuh hari lagi sudah kalut ingin menulis dan membalas komen-komen blog dari rakan-rakan.

Blogger tidak mantap dan tidak popular seperti saya ini perlu menjaga hati kawan-kawan yang selalu datang komen blog ini sebagai menghargai jasa mereka kita baca dan komen kembali blog mereka.

Itu adalah rutin bukan lagi keterpaksaan setelah berada dalam zon ini hari ini.

Jadi jom bercuti sambil menulis lagi 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

18 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!