• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Jadual PIKOM PC FAIR 2014 Siri 1

Jadual PIKOM PC FAIR 2014 Siri 1

Kini tahun 2014 PIKOM PC Fair seperti biasa masih lagi menganjurkan pameran dan jualan berasaskan IT dan media elektronik. Penganjuran sebegini seharusnya dimaafkan sebaiknya oleh mereka yang berminat dengan gadget dan peralatan terkini.

Sebagai seorang penulis blog berinfo saya tetap update tentang PC Fair ini setiap tahun. Walau tidak dibayar apa-apa pun menulis artikel ini. Namun menjadi satu kepuasan apabila saya dapat berkongsi tentang hebahan dan informasi sebegini.

 

Apa Yang Ada di PC Fair?

Kebiasaannya di PC Fair rata-rata antara kita telah ketahui apa yang dijual. Namun sesetengah lain juga tidak mengetahui kesemuanya.

Disebalik penjualan gadget terkini, alatan elektronik, software, hardware terdapat juga beberapa service on the spot kepada pelanggan yang hadir.

Keseronokan dan kepuasan menghadiri PC Fair bergantung kepada individu sendiri. Saya pernah pergi ke PC Fair hampir 4 kali dalam jangka masa penganjuran ini.

Ini kerana terasa rugi tidak ambil peluang sebaiknya mendapatkan barangan atau gadget pilihan pada harga yang berpatutan!

 

Jadual PIKOM PC FAIR 2014 Siri 1

Berikut adalah jadual dan tarikh PIKOM PC Fair 2014 bagi siri pertama. Manakala siri seterusnya akan diberitahu kelak.

Jadual PIKOM PC FAIR 2014 Siri 1

21 – 23 March 2014 = Persada Johor, Johor Bahru

28 – 30 March 2014 = 1 Borneo, Kota Kinabalu

4 – 6 April 2014 = KL Convention Centre, Kuala Lumpur

2 – 4 May 2014 = PISA, Penang

16 – 18 May 2014 = MITC, Melaka

6 – 8 Jun 2014 = Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak

Penganjuran kali ini tidak seperti yang sebelum ini. Dimana sebelum ini penganjuran lebih banyak tempat diadakan. Pada pendapat saya mungkin PC Fair kali ini hanya tertumpu dikawasan utama sahaja.

Walaubagaimanapun, bagi siri kedua nanti kita berharap agar penganjuran lebih banyak tempat diadakan. Ini bagi memberi kemudahan kepada mereka yang tidak berada di kawasan bandar utama untuk turut serta mengunjungi PC Fair ini.

 

PC Fair dan Students

Bagi saya, PC Fair sangat sinonim bagi mereka yang bergelar pelajar khususnya mahasiswa. Ramai dikalangan mereka suka berbelanja untuk kelengkapan laptop mereka dan juga gadget.

Jiwa dan minda orang muda lebih suka kepada up to date. Lebih-lebih lagi kalau barang yang baik dan elok boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan mampu.

Ayuh kita ke PC Fair yang berdekatan, ini peluang baik dapatkan barangan pilihan!

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

16 Comments

error: Content is protected !!