Iphone dan Nano Sim

Iphone dan nano sim satu gabungan yang diperlukan jika anda seorang yang jika bertukar kepada telefon canggih ini. Berapa tahap kecanggihan telefon ini terpulang kepada yang menggunakannya, kerana bukan sahaja pernah mengguna ramai telah mengkritik tanpa pengalaman.

Artikel ini bukanlah ingin mempromosikan kebaikan Iphone ini mahupun mengajak anda untuk membeli telefon ini. Sekadar ingin berkongsikan pengalaman dalam pengalaman hidup tentang iPhone dan peluang menjana pendapatan mudah.

 

Kisah iPhone dan Idaman

Iphone dan Nano Sim

Iphone bukanlah satu kemestian yang perlu anda miliki. Ianya adalah satu pilihan untuk anda memilikinya anda berkemampuan. Elakkan daripada memaksa diri daripada memilikinya sedangkan kita masih perlukan sesuatu yang lain lebih mustahak.

Pada suatu ketika dahulu saya juga tidak suka pada Iphone. Kerana terlalu mahal dan sistem aplikasinya yang memeningkan. Tambahan pula bila baca di forum-forum ramai yang memberi komen semua benda perlu bayar kalau guna iPhone!

Tapi kebanyakkan mereka yang mengatakan demikian tidak menggunakan telefon tersebut sama sekali. Jadi ini satu komen yang tidak adil bagi mereka diluar sana yang ingin mencuba menggunakannya.

Hari ini alhamdulillah memiliki iPhone ini, tidak perlukan membeli aplikasi-aplikasi yang ada pada Appstore sama sekali. Apa yang tersedia ada sudah mencukupi dan masih ada pilihan andai kita mahukan aplikasi yang percuma!

 

Beza Nano Sim dan Mikro Sim

Iphone dan Nano Sim

Dulu semasa saya berpindah daripada telefon biasa (telefon murah-murah) tapi lasak, pada ketika itu cari kedai untuk potong sim kad. Potong sim kad daripada saiz biasa kepada makro sim. Ingatkan pada ketika itu itulah saiz paling kecil yang ada.

Apabila berpindah ke telefon jenis ini pula terpaksa ke Celcom Centre untuk tukar kepada nano sim pula. Mungkin ada lagi paling kecil kelak pula saiz sim kad ini.

Terdahulu ramai yang bertanyakan harga untuk potong sim kad. Mungkin penulisan perenggan bawah ini sedikit sebanyak boleh membantu anda.

 

Perlukah Potong Sim Kad?

Iphone dan Nano Sim

Potong sim kad sebenarnya untuk sim kad versi dahulu saja. Jika anda mempunyai sim kad dari dahulu (bukan beli pada masa kini) anda yang berpeluang potong simkad hingga tahap makro sahaja.

Saiz cip pada sim kad sebenarnya mengehadkan potongan sim kad anda. Andaikan daripada normal sim kad anda sudah potong kepada makro sim maka tidak sesuai lagi untuk anda potong kepada nano sim.

Tapi jika anda daripada normal sim terus potong kepada nano sim tidak menjadi masalah. Cuma perlu lihat betul-betul saiz cip pada sim anda.

Seperti dirajah atas keadaan nano sim iaitu cipnya sudah betul-betul pada potongan sim tersebut. Ini tidak menjamin hayat sim kad anda. Adalah lebih baik jika anda tukar terus kepada nano sim ke pusat-pusat telco terdekat.

Tidak rugi untuk keluarkan sedikit wang bagi menukar sim jenis baharu supaya anda tidak mengalami masalah liputan rangkaian dan internet kelak. Bak kat kata orang beli telefon beribu tapi sim kad pun berkira!

 

Iphone dan Nano Sim

Iphone dan Nano Sim

Iphone dan Nano Sim ini adalah sekadar tajuk artikel ini. Tidak ada niat mana-mana ingin menidakkan kecanggihan dan kelebihan telefon pintar yang lain. Artikel sekadar berkongsi pengalaman mengikut arus terkini di laman ini.

Andai anda seorang pengguna tegar bolehlah sama-sama ikuti akaun Instagram untuk berkongi hasil gambar dari iPhone anda.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

16 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!