Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia merupakan salah satu ilmu yang harus anda, kita dan mereka semua yang mempunyai blog berplatform blogspot serta bergelar sebagai blogger wajib ketahui.

Ilmu walau dikongsikan ia takkan berkurang sekalipun, dalam dunia blogger ilmu blogging amatlah bernilai. Nilainya ilmu blogger tidak sukar untuk dicari cuma sukar untuk diaplikasikan.

Apa Itu Ilmu Blogspot Blogger Malaysia?

Ilmu blogspot blogger Malaysia bermaksud secara ringkasnya perkongsian mengenai ilmu pengguna blogspot di kalangan blogger Malaysia.

Bagaimana ilmu blogspot ini dapat membantu blogger  Malaysia dan adakah ia terlalu sukar sehingga mereka di kalangan blogspot tidak mendapat tempat sepatutnya?

Saya sendiri juga bermula dan berjinak-jinak dengan blogspot dan alhamdulillah usaha dan usaha ada jugak hasilnya.

Blogspot merupakan tangga pertama dalam menjejakkan kaki ke alam blogging dan kebanyakkan blogger sememangnya bermula dengan blogspot.

Blogspot dikatakan mudah berbanding WordPress namun kita juga ketahui mudah itu tak bermakna kita harus mendiamkan diri sahaja.

Perlukan juga beberapa ilmu dan usaha dalam mengendalikan blog blogspot anda dengan baik supaya ia mampu berfungsi menjadi bahan bacaan ramai serta memberi pulangan menarik kepada kita.

3 Ilmu Blogspot Blogger Malaysia Wajib Amalkan

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Dapatkan Ilmu Dari Bacaan

Dalam menyediakan bahan bacaan kepada pengunjung serta pembaca blogspot anda, sebagai seorang blogger Malaysia haruslah rajin membaca bahan-bahan lain.

Penting membaca bagi mendapatkan ilmu untuk menulis kerana dalam penulisan kita bukan sahaja memerlukan idea sahaja tapi pengetahuan tentang idea itu sangat penting.

Masalah kering idea juga mampu diatasi dengan membaca kerana kita dapat pecahkan kotak pemikiran kita kepada penulisan berbentuk pengetahuan.

Tidak kira apa saja jenis bahan bacaan yang kita inginkan dan tentukan, blog yang penuh dengan maklumat serta pengetahuan akan menjadi tumpuan pembaca.

Tingkatkan Penulisan Dengan Menulis

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Apa sahaja skil yang anda inginkan begitulah juga anda harus praktikkan. Dalam mengendalikan blogspot, blogger Malaysia harus memperbaiki sebaiknya gaya penulisan setiap kali menulis.

Untuk meningkatkan gaya penulisan anda harus sentiasa menulis dan menulis serta menganalisa kembali apa yang telah anda tulis.

Setiap penulisan haruslah:

  • Tulis dengan perkataan penuh
  • Tidak menggunakan bahasa rojak
  • Tidak menulis bermula dari tengah – ikut format sebaiknya
  • Amalkan penulisan berbentuk perenggan
  • Praktikkan penulisan berbentuk komunikasi dengan pembaca

Teknik dan pengayaan penulisan yang baik serta betul bukan sahaja mampu menarik pembaca ke blogspot blogger sahaja namun dapat juga memberikan pulangan menarik jika anda mempunyai:

  1. Iklan yang dibayar mengikut jumlah trafik harian anda
  2. Iklan yang dibayar mengikut jumlah klik ke pautan berkenaan
  3. Jualan E-book daripada program Affiliate

Dalam erti kata yang mudah jangan berhenti menulis dan teruskan penulisan anda dengan sebaiknya bagi mempraktikkan ilmu blogspot sepenuhnya.

Aktifkan Diri Untuk Blog dan Komuniti

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Sebagai seorang blogger Malaysia yang mempunyai blog berplatformkan blogspot, aktifkan diri adalah sangat-sangat penting dalam industri blog.

Bagaimana kita mempertontonkan hasil penulisan kita di blogspot?

Mudah sahaja dengan mengaktifkan diri dalam dunia blog itu sendiri kita mampu mempromosikan laman kita sebaiknya kerana orang takkan datang dengan sendiri jika kita tidak memperkenalkannya.

Jadi beberapa perkara dalam mengaktifkan diri dengan blog dan komuniti:

  • Masa yang sesuai dan mencukupi
  • Membaca artikel penulis blogger Malaysia yang lain
  • Meninggalkan komentar yang interaktif di laman blog yang lain
  • Jika ada event perlu sertai untuk rapatkan diri dengan komuniti
  • Pelbagaikan sumber sosial media anda dalam mempromosikan blogspot anda

Wujudnya pelbagai laman ping blog dan group-group blogger di Facebook memberikan kelebihan yang baik kepada kita jika kita tahu menggunakannya sebaiknya.

U Comment Blog I, I Comment Blog U…”

Tingkatkan jumlah pengunjung, pembaca serta komentar blogspot anda dengan memberikan komen kualiti di laman blogger Malaysia yang lain.

Ilmu blogspot blogger malaysia sememangnya meluas namun 3 perkara asas ini adalah penting bagi mengendalikan blog sebaiknya.

Hapuskan Word Verification, ubah kepada kotak komen yang memudahkan Url link ditinggalkan serta loading blog yang  cepat mampu meningkatkan lagi kredibiliti blog anda.

Widget-widget seperti lagu, video dan chatbox kurang memberikan pulangan yang baik kepada blogspot itu sendiri. Ia hanya berfungsi sekadar hiasan tapi secara khususnya itu kurang memberi keselesaan kepada pengunjung.

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Artikel penulisan ini adalah sebahagian daripada kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dalam berkongsikan ilmu tentang blogspot.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

32 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!