• Home
  • /
  • Contest
  • /
  • Icon Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri
Icon Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri

Icon Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri

Icon Bisnes Online pilihan saya adalah seorang yang telah bertahun lama saya menjadi salah seorang mailing list beliau secara senyap semenjak tahun 2010 lagi. Saya cukup tertarik dengan perwatakan beliau pada permulaannya yang memang boleh dijadikan ikon contoh kepada belia seperti saya.

Irfan Khairi boleh digelarkan sebagai salah seorang jutawan senyap muda yang berjaya melalui bisnes online sahaja. Dikhabarkan beliau berjaya mendapat RM 1 juta dalam masa 3 tahun dan ini bukan satu kejayaan yang biasa.

Irfan Khairi Pakar Bisnes Online

Icon Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri

Irfan Khairi sangat cukup sudah terkenal kalau ingin bicara siapa beliau kita sudah mampu terjangka siapa sebenarnya beliau yang pernah muncul di siaran perdana seperti TV1, TV2, Tv3, Astro Awani dan banyak lagi.

Beliau merupakan seorang yang bermula daripada bawah sehinggalah menjadi seorang yang berjaya pada hari ini dengan berfungsi sebagai seorang consultant menganjurkan beberapa seminar serta bengkel dalam mendalami serta menguasai perniagaan melalui internet.

Jadi beliau benar-benar layak digelar sebagai icon bisnes online kerana beliau seorang yang bermula dengan bekerja separuh masa melalui internet di rumah.

Namun setelah berjaya meledakkan hasil lumayan melalui perniagaan online maka beliau mengubah kepada bekerja sepenuh masa di rumah untuk perniagaan internet.

Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Jutawan

Icon Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri

Memetik kata-kata beliau dalam petikan Utusan Malaysia pada tahun 2005 membuktikan bahawa seorang yang menjalankan bisnes online mampu berjaya sehingga kaya raya.

Beliau juga yang seorang penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar bagi membuktikan kita mampu berjaya melalui perniagaan online hari ini.

Dan saya sendiri telah pun memiliki buku penulisan beliau ini sebagai bahan bacaan dan rujukan, saya juga sarankan buat anda yang menjalankan bisnes online adalah lebih baik juga mendapatkan buku ini.

Soalan untuk kita sendiri – adakah kita mahu menjadi jutawan melalui perniagaan atau bisnes online kita sendiri?

Berjaya Dan Ingin Menjayakan Orang Lain

Icon Bisnes Online Pilihan Khairul Zamri

Photo credit: Catalin Marin

Salah satu kunci rahsia untuk kekal berjaya adalah membantu orang lain untuk berjaya seperti kita juga dan apa yang kita tidak perlu risaukan ialah kita akan lebih berjaya selepas itu.

Inilah kehebatan ilmu dan keberkatan dan juga merupakan sifat yang ada pada Irfan Khairi ini.

Saya menjadikan beliau sebagai ikon pilihan saya kerana mempunyai elemen membantu sambil menguntungkan diri pemberi.

Hari ini kita perlu ubah gaya pemikiran kita kerana pada kita perlu fikir bagaimana kita ingin berjaya sepertinya jikalau kita tiada usaha dan daya semangat untuk mempelajari sesuatu daripadanya.

Atas sebab munasabab inilah saya menjadi salah satu mailing list beliau dan kerap kali membaca laman milik Irfan Khairi sendiri iaitu:

  • RahsiaInternet.com
  • IdealBubble.com
  • Slash.com.my
  • IrfanKhairi.com

Ingat pemilihan ikon bisnes online itu penting dari pelbagai sudut elemen untuk kita serapkan kepada kita kejayaan kita pula kelak.

Wassalam 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

32 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!