• Home
  • /
  • Islam
  • /
  • Ibadah Korban Di Tanah Haram Makkah

Ibadah Korban Di Tanah Haram Makkah

Ibadah Korban di Tanah Haram Makkah merupakan salah satu Program Qurban dan Aqiqah pada musim kali ini anjuran eQurban Resources Sdn Bhd. Ibadah di tanah Haram Makkah ini khususnya bila tiba musim haji atau lebih tepat lagi Raya Aidil Adha.

 

eQurban Resources Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat seperti di Kemboja dan Indonesia. eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing. Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat islam dari seluruh dunia.

 

Ibadah Korban Di Tanah Haram Makkah 2015

Konsep ibadah korban itu sendiri adalah salah satu konsep bersedekah kepada yang memerlukan. Ibadah korban tidak semestinya di kawasan mukim atau kampung kita sahaja. Ibadah ini juga tidak tertumpu kalangan saudara mara keluarga kita sahaja.

eQurban Resources menyediakan medium kepada umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan ibadah korban serta sedekah jariah kepada saudara se-Islam kita di negara lain. Kita diberikan peluang untuk lakukan ibadah korban ini dalam jarak beribu-ribu batu. Apa yang pasti pahala dan ganjaran amat besar buat kita.

Kita mungkin belum berkesempatan ke tanah haram. Dan juga mungkin belum pasti bila kita akan sampai ke sana, harap-harap diberikan peluang dan rezeki InsyaAllah.

Berkemungkinan juga dengan melakukan ibadah korban di Tanah Haram Makkah boleh menjadi asbab doa-doa kita dalam kehidupan termakbul. Tidak mustahil juga andai Allah permudahkan urusan dan cara kita untuk menjejakkan kaki ke tanah Haram suatu hari nanti.

 

Tempah Korban di Tanah Haram Makkah

program-qurban-dan-aqiqah-kambing-di-mekah

Adalah dimaklumkan bahawa urusan tempahan ibadah Korban di Tanah Haram Makkah akan ditutup pada 20 September 2015. Kepada yang berminat boleh segera melakukan tempahan ke laman eQurban Resources Sdn Bhd ini.

  • Setelah memasuki laman web eQurban Resources Sdn Bhd ini
  • Pilih bahagian Qurban atau Aqiqah mengikut niat anda
  • Seterusnya buat pemilihan sama ada korban Lembu atau Kambing
  • Isi borang tempahan dan buat bayaran
  • Seterusnya hantar tempahan korban anda.

 

Semoga ibadah korban kita pada tahun ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT dan semoga kita mendapat limpahan rezeki dan kurniaan berkatNya hasil daripada ibadah sedekah jariah yang kita lakukan.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

8 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!