Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Rasanya tahun lepas kali terakhir mendaki Bukit Broga namun tahun ini mencuba yang lain di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Beriadah di hujung minggu selepas seminggu penat bekerja mencari nafkah dan rezeki. Tanjung Tuan adalah antara tempat yang boleh dikunjungi bersama keluarga.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan terletak di daerah Alor Gajah, Melaka. Kalau dari Port Dickson pun dah tak jauh sangat dah 5 minit saja boleh sampai. Banyak juga kemudahan disediakan dekat kawasan ini seperti parkir, tandas, pondok rehat, pusat maklumat. Tanjung Tuan hanya dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Pintu depan siap ada pagar lagi.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

 

Riadah di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Jadi perjalanan seperti dari Bandar Seremban memakan masa hampir 40 minit juga sebab drive slow. Manakala jika dari bandar Port Dickson jarak hampir 20km melalui Jalan Melaka – Port Dickson. Jika dari Bandaraya Melaka jarak hampir juga 80km jauhnya.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Bagi kemudahan atau kebersihan pihak pengurusan rasanya perlukan sedikit penambahbaikan untuk tandas awam. Ini penting untuk keselesaan dan kesenangan pengunjung di Hutan Reakreasi Tanjung Tuan ini.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Laluan pejalan kaki bertar menuju ke Rumah Api Tanjung Tuan.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Laluan pejalan kaki ini luas sebab tiada kenderaan dibenarkan memasuki kawasan ini. Jadi boleh jalan rilek-rilek tak perlu fikir masalah trafik.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Terdapat juga Pondok Kecil di tepi jalan ini bagi untuk mereka yang penat berehat seketika. Namun untuk berkunjung ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini tidak memerlukan stamina yang kuat pun. Ini sekadar tempat rilek dan santai sambil berjalan-jalan hidup udara segar.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Setelah berjalan tak sampai 10 minit maka sampailah ke Rumah Api Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Di sebalik Rumah Api ini pula ada pantai. Pengunjung tak dibenarkan untuk memasuki Rumah Api tapi boleh tengok dari luar pagar sahaja.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Buat yang rajin membaca mungkin boleh membaca dekat sudut ini. Info tentang Rumah Api Tanjung Tuan ini sahaja.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Tangga menuju ke Rumah Api ini tak lah tinggi mana hanya beberapa meter sahaja.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Ini adalah pemandangan dari belakang Rumah Api Tanjung Tuan. Belakang ini hanya mempunyai lorong kecil tak lebih 2 meter. Mahal juga tiada penghadang bahagian tepi, jadi kena hati-hati sedikit takut terjatuh ke bawah gaung.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Rumah Api Tanjung Tuan, gambar ini sekadar dari luar pagar sahaja sebab tak dapat masuk ke bahagian dalam Rumah Api.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Bahagian belakang Rumah Api pula ada trek menuju ke pantai. Laluan ini adalah selamat digunakan sebab senang sahaja nak access ke pantai.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Laluan bertangga dan menurun ini tidak memenatkan pengunjung untuk turun ke pantai. Cuma akan penat bila memanjat naik nanti. Laluan ini boleh dikatakan sedikit curang perlukan sedikit sahaja energi semasa naik ke atas semula.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Juga disediakan tempat berehat seketika sepanjang laluan ini.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Sedikit info sejarah mengenai migrasi burung di Tanjuan Tuan ini.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Ini adalah kawasan pantai yang dimaksudkan tadi. Kebetulan pula semasa sampai ke pantai ini ada Banana Boat usai pusing-pusing dan berhenti untuk menurunkan penumpang. Kawasan ini sebenarnya tak ada apa-apa Banana Boat ini hanya kebetulan sahaja lalu di sini. Jika perasan sewaktu jalan masuk menuju ke Hutan Reakreasi Tanjung Tuan ini adalah tempat dinamakan Water Sport.

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Itu sahaja kisah rekreasi yang amat jarang ini. Kepada yang ingin berkunjung boleh berkunjung ke sana tapi perlu pergi seawal-awal pagi kerana nanti kekurangan tempat parkir kereta. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan hanya bersebelahan dengan beberapa resort di kawasan ini.

Selepas berkunjung ke Tanjung Tuan ini anda boleh disinggah ke beberapa resort sekitar ini. Ini kerana disana ada beberapa aktiviti yang menarik juga.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

21 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!