Hati Seorang Pengantin

Hati Seorang Pengantin

Hati seorang pengantin sudah menjadi trending di internet semenjak minggu lepas lagi. Saya masih ingat lagi panggilan hangit hati seorang pengantin ini bersiaran di Radio Hot FM.

Saat itu saya sedang memandu menuju ke tempat kerja. Memang gelak sakan mendengar panggilan hangit ini. Saya turut tertarik dengan panggilan hangit ini kerana hati seorang pengantin.

Anda yang sebaris dengan saya yang masih bujang pasti tahu bagaimana hati seorang bakal pengantin. Tidak kira sebulan lagi atau beberapa bulan lagi.

Hati Seorang Pengantin

Kita fahami bagaimana rintinya hati Cik Izudin iaitu mangsa panggilan hangit pada pagi tersebut. Siapa pun akan turun merintih dan runtun jika apa yang dirancang gagal saat akhir.

Kita tinggalkan seketika kisah panggilan hangit Cik Izudin tersebut. Kita buka lagi pemikiran dan skop kita.

Peningkatan kos sara hidup tidak kira apa saja kategori turut memberi impak besar kepada bakal pengantin. Ramai yang menafikan bahawa peningkatan kos tidak melibatkan semua aspek kehidupan. Mungkin anda perlu berfikir lagi.

Setiap sudut ada fungsinya pada kehidupan hari ini. Perbelanjaan untuk kawin juga meningkat. Bukan sahaja pada duit hantaran semata-mata.

Ini juga termasuk seperti:

  • Kos pelamin
  • Kos kenduri makan dan minum kedua belah pihak
  • Alat-alatan yang perlu untuk perkahwinan
  • Kos kad kadwin
  • Kos sewa khemah kenduri
  • Kos sewa dewan jika buat di dewan
  • Alatan mekap
  • Baju persandingan, bukan lagi sehelai
  • Kos fotografi
  • Kumpulan kompang
  • Berbagai lagi

Hati Seorang Pengantin

 

Majlis Perkahwinan Yang Kita Idamkan

Setiap orang atau bakal pengantin mengidamkan satu majlis perkahwinan yang indah dan sempurna. Kerana kahwin hanya sekali dalam hidup dan inginkan ia cukup bermakna.

Sesiapa saja anda tidak kira perbezaan agama sekali pun, perkahwinan adalah suatu yang indah untuk anda dan bakal isteri anda.

Kebimbangan seorang bakal pengantin:

  • Kekurangan masa untuk membuat persediaan
  • Tidak mempunyai pengalaman. Sudah tentu!
  • Pengagihan modal yang tidak sistematik
  • Pening memikirkan yang mana perlu diselesaikan terlebih dahulu

Bagi mereka yang sudah berkahwin mungkin boleh kongsikan pengalaman mereka. Tapi tidak semua orang sanggup kongsikan secara terbuka. Betul?

 

Panggilan Hangit Hati Seorang Pengantin

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

22 Comments

error: Content is protected !!