Hari Ini Kita Tolong Orang

Hari Ini Kita Tolong Orang

Ya hari ini kita tolong orang dan hari esok insyaAllah ada orang akan tolong kita kembali walau dengan apa cara sekali pun jika kita iklas dan niat demi kebaikan pasti ada kesenangan.

Kenapa hari ini ada orang menolong kita? Mungkin terdahulu kita pernah tolong orang lain dan hari ini orang lain pula tolong kita.

Kenapa tidak orang yang sama kita tolong tempoh hari tolong kita pula hari ini?

Hari Ini Kita Tolong Orang

Allah itu Maha Kaya dan Maha Pengasihani, syukur padaNya walau bagaimana sekali pun kita hari ini.

Saya bukanlah daripada mereka yang hidup senang namun alhamdulillah usaha dan doa menjadi pendorong untuk mendapatkan kemudahan dalam urusan.

Walau ditekan dari pelbagai penjuru alhamdulillah mampu menyelesaikannya secara berperingkat-peringkat.

Saya cukup teruja dan terharu dengan beberapa blogger yang sanggup membantu saya untuk menjayakan sebuah kontes walau kontes tersebut saya anjurkan di sebuah blog yang masih baru.

Syukur alhamdulillah dan dipermurahkan rezeki sama-sama yang luas kepada mereka yang membantu untuk menjayakan kontes tersebut.

Harap ramai rakan-rakan blogger akan sertai kontes tersebut nanti.

Hari ini kita tolong orang, hari esok pasti Dia membantu kita dalam keadaan yang lain pula…”

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

36 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!