Selesai Membersihkan Timeline Facebook

Hari-Hari Terakhir Update Facebook

Semenjak bila lagi kita buat akaun Facebook adakah masih baru atau sudah lama dan berapa kalikah kekerapan kita update status kita di Facebook adakah sedikit ataupun begitu kerap sekali. Tidak ketinggalan juga apakah yang sering kita update di Facebook kita, bermanfaat atau tidak?

Jika kita sedar Facebook hari ini sudah ada sistem back machine mengikut tahun dan bulan semenjak kita mempunyai akaun atau lebih mendalam lagi mengikut tarikh lahir kita.

Ia akan berfungsi merakam segala data-data kita dibahagian about, photo, album, photo of you, tag, video, education, work dan beberapa lagi aktiviti kita sepanjang menggunkan Facebook.

Bukan ingin membicarakan apakah aktiviti terbaik atau yang menarik anda lakukan dalam profil Facebook anda cuma hari ini saya terfikir seketika fungsi Facebook berbuat demikian.

Pandangan Negatif

Facebook mampu melalaikan kita dengan pelbagai fungsikan bagi mereka mempunyai kelajuan internet yang stabil dan minat terlalu mendalam dalam penggunaan aktiviti internet atau atas talian ini.

Berbagai aplikasi pada sekitar tahun 2009 – 2010 dahulu yang membuatkan pengguna tertarik untuk membuka Facebook hampir setiap hari.

Menjawab soalan, pak nujum, teka-teki, ramalan dan banyak lagi buatkan saat itu seolah-olah satu permainan ringkas alam maya dan saat itu saya juga tidak terlepas mencuba. Rasa seronok dan menarik walaupun aplikasi itu sekadar permainan semata-mata.

Lihat-lihat berjam-jam kita berhadapan di Facebook tanpa sebarang faedah pada setiap hari.

Pandangan Positif

Pandangan positif terhadap Facebook mula terbit apabila pelbagai aplikasi yang menguntungkan pengguna mula disediakan.

Hari ini blogger menggunakan Facebook untuk membina jaringan dan menarik trafik ribu-ribuan ke laman mereka.

Berbagai group dan pages mengenai perniagaan, blog, perbincangan, komuniti semuanya mula memberikan kebaikan kepada pengguna.

Apa yang membezakan bagaimana kita menggunakan aplikasi percuma ini dengan bijak

 

Tidak Terlepas Dalam Kesilapan

Ya, saya yang menulis ini juga akui tidak terlepas dalam melakukan kesilapan.

Hari ini terasa ingin melihat kembali timeline bermula semenjak akaun dibuat terasa jugalah malu dengan status yang kita update masa masih belum matang.

Ada yang rasa mahu tergelak, ada yang rasa tebal muka terfikir jugalah macam tak pernah pun tulis status-status seperti itu.

Kalau mahu buang satu persatu memang jenuh sebab tak semua pos status kita ia akan keluar kena refresh banyak-banyak kali barulah feed kembali satu persatu.

Terfikir juga saat melihat status-status terdahulu, kalaulah diri ini pergi menemui sang Pencipta dulu siapalah yang boleh tolong buang apa yang kita post yang langsung tidak memberikan saham kepada kita bila kita tiada.

Siapa akan buang status kita marah-marah, kita kata dekat orang – Ya Allah semoga sempatlah diri ini buang apa yang tidak patut dibuat.

#Maafkan diri ini diatas keterlanjuran yang terdahulu.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!