Hari-Hari Terakhir Menulis Blog

Hari-Hari Terakhir Menulis Blog

Hari-hari terakhir menulis blog pasti menjadi satu perancangan buat mereka yang sudah ingin berhenti menulis dalam dunia penulisan blog dan telah bertekad seolah-olah mahu pencen.

Namun, buat kita yang sedang berusaha hampir setiap hari dan demi hari mengejar sebuah kejayaan sehingga meraih pandapatan dari blog juga harus berhati-hati.

Ajal dan maut itu di tangan Allah SWT yang mana tak terjangka sekali pun bila kita akan pergi.

Hari-Hari Terakhir Menulis Blog

Hari-hari hari terakhir kita menulis blog, apa yang kita tulis dan catatkan pasti menjadi saham jika esok kita telah pergi selama-lamanya.

Saya terasa terdetik dan terfikir apabila terbaca status sahabat blogger semalam di Facebook mengenai cara penulisan blog kita hari-hari.

Ramai yang menjadikan blog sebagai tempat meluahkan perasaan namun apabila cara meluahkan itu tidak kena pada tempatnya ia menjadi sebagai medium untuk mengaibkan orang.

Siapa mahu padamkan apa yang kita tulis jika esok kita pergi?

Hari-Hari Terakhir Menulis Blog

Bagi saya, saya rela punyai trafik yang rendah tapi ada rakan-rakan blogger yang baik hati hari-hari datang membaca penulisan kita dan komen daripada kita memiliki sebuah blog yang menyebarkan gosip dan fitnah dengan trafik yang tinggi.

Semoga sama-sama menjadi peringatan buat kita pada hari Jumaat yang mulia ini, ingatlah hari-hari adalah hari terakhir kita menulis blog.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

44 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!