Hadiah Duit Raya

Hadiah Duit Raya

Hadiah dan hadiah dan hadiah, Alhamdulillah walaupun tidak banyak namun rezeki yang diterima itu pasti wajib bersyukur kepadaNya dan terima kasih kepada Denaihati kerana sentiasa memberi.

Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tidak perasan saya ada menulis satu entri dibawah kategori kontes dengan sekadar sebuah entri ulasan kembali daripada entri asal di laman Denaihati dan alhamdulillah entri itu hari ini sudah menjadi salah satu entri yang mendapat trafik organik daripada carian engine di Google.

Hadiah Duit Raya

Syukur alhamdulillah saat memerlukan wang ada juga rezeki daripada blog ini walaupun sekadar cukup-cukup duit makan.

Bulan lepas kutipan pun alhamdulillah  masih lagi ada lebihan mungkin boleh simpan untuk ke kelas WordPress selepas ini insyaAllah kalau tepat masanya tidak ada halangan akan menghadiri kelas pula bagi mencari lagi ilmu-ilmu yang penting dalam dunia blog ini.

Hadiah Duit Raya

Terima kasih selagi diucapkan kepada Tuan Denaihati, ini kali kedua menerima jumlah sebegini.

Kali pertama saya lupa ingin updatekan disini berikutan kesibukan tempoh bulan sehingga terlupa hadiah yang pertama ini hasil daripada penyertaan apa.

Apa-apa pun ini merupakan satu motivasi untuk teruskan dan lebihkan lagi usaha mungkin selepas ini ada kelapangan masa untuk lebihkan tumpuan pada beberapa program bagi menjana duit dari blog lagi dengan lebih aktif.

Jom baca entri kontes ini “Kalau Aku Kaya

Wassalam 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

22 Comments

error: Content is protected !!