Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Gunung Angsi adalah antara gunung menarik untuk aktiviti mendaki. Gunung ini terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan iaitu sebuah tempat popular untuk dikunungi. Ketinggian gunung lebih kurang 824 meter dan bersamaan 2,702 kaki.

Sebagai tambahan juga pendakian mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai ke puncak gunung. Jadi Program Gunung Angsi Hiking Challenge 2016 ini adalah sambungan pendakian yang sebelum ini Broga Hill Family Hiking 2015.

Mendaki gunung tak sama seperti mendaki Bukit Broga. Untuk mendaki gunung ini perlukan latihan bagi meningkatkan stamina diri. Latihan ini adalah penting agar tidak semput atau lemah tenaga semasa mendaki. Saya sudah mula dengan aktiviti membina stamina seperti joging dan beberapa siri mendaki secara santai di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Mendaki Gunung Angsi ini juga kita boleh pilih sendiri sama ada nak gunakan Renjer Hutan atau tidak. Bayaran untuk masuk mendaki adalah wajib kepada semua orang yang mendaki gunung ini. Kalau nak gunakan khidmat Renjer Hutan perlulah buat bayaran lain.

Untuk program pendakian kali ini ada lebih kurang 30 orang semua. Jadi khidmat Renjer Hutan diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kelancaran mendaki naik dan turun gunung ini.

Pendakian yang bertarikh 24 April 2016 ini bermula lebih kurang jam 7.30 pagi. Keceriaan semua ahli berkumpul terserlah apabila semua peserta memakai baju program mendaki Gunung Angsi ini. Ada juga yang membeli baju program tapi tak turut serta mendaki sebab tidak sihat dan tak berkelapangan.

 

Sebelum Mendaki Gunung

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Program ini bermula di awal pagi dengan taklimat keselamatan yang ringkas oleh Renjer Hutan. Renjer ini terdiri daripada 2 orang sepanjang aktiviti mendaki ini. Seorang akan menjaga di bahagian depan manakala seorang lagi di bahagian paling belakang.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Sebaik sahaja selesai taklimat keselamatan, diteruskan pula dengan sedikit aktiviti senaman memanaskan badan untuk semua pendaki Gunung Angsi ini.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Semua peserta yang menyertai program pendakian ini adalah rakan sekerja yang sama tempat. Maka ini memudahkan aktiviti pendakian iaitu tidak perlu ada sesi suai kenal.

 

Jom Mula Mendaki Gunung Angsi

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Permulaan pendaki tidaklah mencabar kerana di kaki gunung ini ada anak tangga sebagai permulaan.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Semasa mendaki secara berkumpulan atau beramai-ramai ini kerjasama adalah penting. Walaupun ada yang pantas dan cepat mendaki, kita perlu juga menunggu pendaki lain yang tidak cekap seperti yang lain. Kalau nak mendaki laju-laju mungkin boleh pergi mendaki seorang diri.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Setelah melepas pendakian yang amat curam dan tinggi sudut darjahnya anda akan menjumpai kawasan ini. Ini adalah antara tempat untuk beristirehat sebentar. Sama ada berehat semasa mendaki naik atau turun kawasan ini boleh dikatakan sebagai check point.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Pendakian pada tahap yang curam adalah berbahaya kepada mereka yang tidak sarapan pagi terlebih dahulu. Ia boleh menyebabkan anda cepat penat dan mungkin juga terus semput.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Pendaki-pendaki juga dibekalkan air mineral dan coklat sebagai bekal semasa mendaki. Semasa berada di kawasan ini line internet masih ada maka sempatlah kalau nak update Facebook dan Instagram sewaktu berehat di sini.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Semasa mendaki dan berehat dikawasan ini kami tersempak dengan beberapa pendaki lain. Melayu Cina dan India semua ada di sana, malah ada yang memasak Megi dan buat air panas. Mereka bawak peralatan memasak sendiri sebab ada antara mereka akan bermalam di sini.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Ini antara contoh cerek kecil yang dibawa oleh pendaki disini untuk memasak air. Cerek ini dibawa oleh pendaki Cina yang memasak air teh herbanya. Minum teh sambil makan kacang, santai betul.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Ini adalah gambar sekitar pemandangan secara panorama di kawasan rehat yang dimaksudkan. Dari sebelah kiri adalah kaki gunung dan dari sebelah kanan ialah laluan mendaki seterusnya menuju puncak. Jom teruskan pendakian.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Apabila dah cukup rehat dan cukup tenaga bolehlah meneruskan pendakian. Masih berbaki lebih kurang 1 jam setengah hingga 2 jam untuk sampai ke puncak gunung. Bergantung juga kepada kepantasan anda mendaki Gunung Angsi ini.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Laluan pendakian tidak merbahaya, kerana hampir setiap hari dan minggu gunung ini menjadi tempat pendakian orang ramai. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak pun turut serta mendaki.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Antara binatang yang bersaiz besar dijumpai semasa mendaki ketika itu.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Laluan ini antara yang laluan yang paling hampir dengan puncak gunung ini. Setelah sampai di kawasan ini kita tak akan terasa penat seperti mendaki waktu awal tadi.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Lebih kurang pukul 10.40 pagi kami telah berjaya sampai di puncak Gunung Angsi. Dengan ketinggian 2,702 kaki atau 824 meter boleh rasai udara yang nyaman dan sejuk. Boleh lihat pemandangan dari atas gunung ini juga ialah sekitar bandar Senawang.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Di puncak gunung ini ada kawasan tanah yang landai sesuai untuk duduk berehat. Cuaca ketika ini sudah mula panas jadi terpaksa berteduh di bawah pokok.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Kami berehat hampir 1 jam disini untuk hilangkan rasa penat. Sekitar jam 11.30 pagi barulah kami mula mendaki turun dari puncak gunung ini.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Bergambar beramai-ramai.

 

Ahli Pendaki Gunung Angsi – Lelaki

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Antara abang-abang sado yang telah berjaya mendaki gunung setinggi 825 meter ini. Tahniah kepada semua.

 

Ahli Pendaki Gunung Angsi – Perempuan

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Ini pula kumpulan gadis yang telah berjaya sampai ke puncak gunung ini. Tahniah juga kerana kuat semangat dan berjiwa kental untuk mendaki.

 

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Semua yang telah berjaya mendaki dan sampai ke puncak gunung ini. Seramai 22 orang yang telah berjaya ke puncak dengan gagah dan gembira.

 

Tahniah Pendaki Gunung Angsi

Gunung Angsi Hiking Challenge 2016

Tahniah kepada semua yang berjaya mendaki naik dan turun gunung ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan-rakan dan sahabat yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih sekali lagi kerana menjayakan Progam Gunung Angsi Hiking Challenge 2016 ini.

Semoga berjumpa lagi dalam program yang lain. InsyaAllah. Wassalam.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

33 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!