• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Google Followers Tidak Lagi Penting Buat Blogger
Google Followers Tidak Lagi Penting Buat Blogger

Google Followers Tidak Lagi Penting Buat Blogger

Hari ini ingin kongsikan mengenai Google+ iaitu pengganti kepada widget Google Followers di blog.

Sebelum itu kongsi dari saudara Hasrul Hassan mengenai 13 Penyakit Gila Seorang Blogger:

Gila Ping – Asyikkkk ping je sana sini
Gila Trafik – Kejar trafik sana-sini, suruh orang jenguk blog
Gila Update – Setiap sejam ada entri baru
Gila Layout – Cukup sebulan atau seminggu tukar layout baru
Gila Widget – Blog penuh dengan widget dan gadget
Gila Kontest – Entri 90 peratus adalah benda ni je
Gila Giveaway – Sarat blog dengan pelbagai giveaway
Gila Blogwalking – Blog pun jadi bersawang dah
Gila Duit – Penuh iklan dalam blog
Gila Copy-Paste – Sikit-skit nak copy-paste … erkk
Gila Komen – Merata-rata tinggalkan komen
Gila SEO – Buat entri penuh kata kunci nak tarik trafik dari enjin carian
Gila Follower – I follow U once, U follow me twice.

Penulisan tersebut nampak kelakar tapi bertapis, makna yang mendalam sedikit sebanyak menyedarkan kita sebagai penulis berada dalam “gila” mana.

Namun ianya sebagai satu perkongsian yang bisa memupuk kita sebagai penulis supaya lebih baik lagi dan terus ke arah kebaikan.

Gadget Google Followers Dikebelakangkan

Google+ dikatakan menggantikan sepenuhnya Google Followers widget atau lebih di kenali sebagai Google Friend Connect.
Ini bermakna apa saja usaha anda untuk tambahkan follower sama ada mengenai segmen, contest atau giveaway seolah-olah satu usaha yang sia-sia.
Jika kita lihat sendiri pun tiada impak sangat sebenarnya dengan jumlah Google Followers yang kita ada, belum tentu follower itu sentiasa datang dan baca blog kita kan?

Ada sesetengah mereka saja-saja follow dan tak pernah-pernah datang selepas itu.

Tapi ini berbeza dengan Google+ yang mana ia memberi impak di carian google. Di Google+ kita boleh memanipulasikan “circle” kita yang kita mahu dan kita paparkan update terkini atau setiap kali selepas kita update entri pop-out widget Google+ akan keluarkan dan bagi kita pilih “circle” mana yang kita mahu kongsikan.

Google+ ganti Google Followers

Baca kenyataan mengenai Google Followers ini di sini.

Begitu juga dengan profile kita, buat yang dah update akaun Gmail mereka akan terus dihubungkan dengan Google+ ini.

Apabila kita tinggalkan komen diblog-blog yang mengunakan standard comment layout profile kita ada logo Google+ apabila seseorang klik pada profile kita ia akan redirect ke akaun Google+ kita, disitu barulah ada link ke blog asal kita jika di G+ kan entri yang kita update tadi.

Cara Kekal Stabil di Google+

Ingat ada 5 langkah mudah untuk bertapak di Google+, jadi ringan-ringan jari anda untuk klik ke laman asal Google+.

Itu saja untuk kali ini, jangan lupa kita bertemu di Google+ semarakkan lagi dunia blog anda dengan kawan-kawan baru di Google.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!