• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Glory Beach Resort – Resort Terunggul di Port Dickson

Glory Beach Resort – Resort Terunggul di Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, kadang-kadang boleh jadi pening kepala juga memikirkan tempat percutian yang seterusnya. Agak-agak mana tempat menarik anda rasakan, pernah pergi ke Port Dickson?

Bagi yang belum lagi sampai ke Port Dickon, saya mencadangkan untuk anda pergi bercuti di Port Dickson pula kali ini. Apa yang best dan menarik di Port Dickson? Banyak aktiviti yang best kat sana yang boleh kita buat dari pagi hinggalah malam.

Pernah tengok Burung Unta secara live depan mata? Kalau belum, PD Ostrich Show Farm adalah satu tempat yang mesti anda kunjungi. Boleh bawa sekali anak-anak kecil atau keluarga untuk menyaksikan keunikan Burung Unta ini.

Jika anda jenis yang suka mandi-manda dan main water sport, anda boleh pergi ke Pantai Teluk Kemang dan Pantai Blue Lagoon yang terletak dalam kawasan perairan Port Dickson. Antara sukan air yang popular di sini ialah Banana Fun Ride dan juga Buggy Ride. Jadi bolehlah datang dan rasai sendiri keseronokan mencuba permainan air ini dengan pelbagai lagi tarikan yang menarik di sini.

 

Glory Beach Resort Port Dickson

Dalam artikel penulisan kali ini, saya nak berkongsikan sebuah resort yang sememangnya popular di Port Dickson ini. Adakah anda pernah dengar Glory Beach Resort PD? Glory Beach Resort PD merupakan resort yang dibina di tepi pantai. Lokasinya juga mudah untuk dicari menjadikannya salah satu pilihan pelancong di Port Dickson.

Jika anda berkunjung ke sini, pastinya akan risaukan hotel yang selalunya full house kan? Kini anda tak perlu risau lagi, book Glory Beach Resort at Port Dickson secara online di Traveloka.com untuk tawaran dan promosi terbaik.

 

Kelebihan Menginap di Glory Beach Resort

Glory Beach Resort - Resort Terunggul di Port Dickson

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang special sangat tentang Glory Beach Resort PD ini kan? Resort ini mempunyai kemudahan 4 bintang yang semestinya memberikan kepuasan kepada pengunjung.

Bagi korang yang datang ramai bersama kawan-kawan atau juga bersama ahli keluarga tidak perlu risau. Ini kerana resort ini menyediakan sebanyak 288 bilik yang terbahagi kepada beberapa kelas.

Resort ini juga menyediakan apartment yang ada 3 buah katil dengan saiznya agak luas. Manakala setiap apartment ini juga mempunyai balkoni sendiri, kemudakan wifi, peti ais dan banyak lagi yang pasti membuatkan anda rasa selesa menginap di sini.

Manakala di level atau aras bawah pula terdapat kedai yang menjual barangan harian. Jadi kalau semasa pergi bercuti ini anda tertinggal barang untuk dibawa tak perlu risau lagi. Bawa duit turun ke bawah dan beli saja apa yang diperlukan. Mudahkan?

 

Aktiviti di Glory Beach Resort PD

Glory Beach Resort - Resort Terunggul di Port Dickson

Selain itu, tidak ketinggalan apa aktiviti yang anda boleh lakukan di sini? Anda pernah main tenis, bola tampar pantai, bola sepak pantai atau squash? Jika belum, anda boleh merasakan semua permainan ini di resort ini. Boleh pilih saja nak main yang mana nanti!

Selain itu, jika rasa nak santai-santai dan beristirehat di kolam renang? Jangan risau resort ini menyediakan 2 jenis kolam renang iaitu untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Tak ketinggalan juga bagi yang datang dengan kanak-kanak, anda boleh bawa mereka ke Turtle Hatchery Center yang disediakan oleh pihat Resort. Yang bestnya boleh bagi anak-anak melihat penyu secara lebih dekat dan depan-depan.

 

Glory Beach Resort - Resort Terunggul di Port Dickson

Seterusnya kalau dah rasa penat berjalan di Bandar Port Dickson itu, anda boleh cuba kemudahan Go-Kart yang disediakan oleh pihak resort. Ingat senang ke nak jumpa resort yang ada menyediakan kemudahan Go-Kart ini, menarik betul!

 

Makan-Makan Di Glory Beach Resort

Glory Beach Resort - Resort Terunggul di Port Dickson

Satu lagi yang menarik tentang resort ini anda tak perlu risau mana nak cari kedai makan. Dalam resort ini ada Karah Cafe yang menyediakan masakan tempatan dan juga antarabangsa. Order saja!

Selain daripada itu, bagi yang ingin berbarbeque bersama keluarga dan sahabat, anda boleh sewa tapak kat Resort ini. Jadi bolehlah spend masa bersama ahli keluarga sambil menikmati pelbagai makanan laut yang fresh kt Port Dickson ini.

Jadi kalau anda datang ke Port Dickson, jangan lupa memilih Glory Beach Resort tau. Visit juga Traveloka.com untuk membuat tempahan hari ini.

Glory Beach Resort - Resort Terunggul di Port Dickson

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

32 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!