• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Formula Pantas Seru Rezeki
9 Formula Pantas Seru Rezeki

Formula Pantas Seru Rezeki

Formula pantas seru rezeki antara topik bualan beberapa orang rakan saya tempoh hari. Topik ini menjadi satu tarikan buat saya untuk mencatatkan sedikit tentang pengalaman dalam menyeru rezeki.

Bercakap tentang rezeki ramai tertarik mendengarnya. Beberapa panduan mencari rezeki menjadi perhatian besar. Rezeki menjadi impak penting dalam kehidupan kita dari lahir sehinggalah meninggal dunia.

Apa Itu Rezeki?

Kewajipan kita dalam mengejar rezeki perlu tahu apa itu rezeki. Rezeki tidak datang dalam bentuk wang ringgit semata-mata. Rezeki datang dalam pelbagai cara sekalipun.

Rezeki boleh saja datang dalam bentuk wang ringgit, kemudahan urusan, makan, minum dan banyak lagi. Hari ini ada jemputan makan, maka itulah rezeki kita hari ini.

Esok ada jemputan program ilmu di bandar, maka itu juga rezeki kita untuk rohani kita. Rezeki datang dari pelbagai cabang dalam kehidupan.

Teknik Seru Rezeki

Formula Pantas Seru Rezeki

Dalam proses mencari rezeki ia bermula dari diri kita sendiri. Bagaimana mencari rezeki dengan berkesan tanpa rasa terbeban. Permulaannya haruslah langkah demi langkah dari dalam hati kita.

Perbetulkan niat kita dahulu dalam mencari rezeki. Kita tak boleh terlalu tamak dalam mencari rezeki. Kita tak boleh terlalu mengharapkan suatu yang besar dalam mencari rezeki.

Bersyukur walau kecil nilainya. Walaupun RM20 sekali pun rezeki kita hari ini tetap perlu bersyukur. Allah SWT menjanjikan andai kita bersyukur dengan pemberianNya kita akan ditambah nikmat lagi. Jadi usah perlekehkan nilai rezeki yang kecil.

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat.”
(QS.ibrahim [14]:)

Sucikan diri dari dosa agar rezeki mudah datang kepada kita. Antara salah satu penyebab kenapa sukar rezeki hampiri kita kerana dosa terlalu banyak. Atau juga kita jarang meminta taubat dan tinggalkan solat.

Ini adalah sifir ringkas untuk menyeru rezeki. Andai kita jauh daripada Allah SWT bagaimana Yang Maha Esa ingin membantu kita segera?

Istighfar dan utamakan solat atau solat di awal waktu adalah jalan yang terbaik. Antara dua cara yang mudah dalam menyeru rezeki adalah banyak istighfar dan utamakan solat.

Istighfar mengajar kita erti mengakui kesalahan yang kita lakukan. Setiap hari kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan jadi memohon ampun padaNya adalah perlu.

Solat di awal waktu juga mengajar kita erti hormat dan cinta pada Yang Maha Esa.

Formula Pantas Seru Rezeki

Formula Pantas Seru Rezeki

Kejarlah kejayaan dengan keberkatan rezeki yang melimpah ruah. Itulah antara pesanan seorang kenalan atau shabat saya suatu ketika dahulu.

Kita harus fahami dan hadam apa itu menyeru dan menjemput rezeki. Berbanding dengan mencari rezeki walau nampak sama tapi konsepnya sangat berbeza.

Menyeru rezeki kita menggunakan jalan yang betul dan mudah. Namun mencari rezeki kita lupa akan tapak asas rezeki itu datang.

Bila kita terlalu fikirkan jalan mencari rezeki kita akan mengeluh jika tidak mendapat hasilnya. Tapi jika kita tahu jalan yang betul menyeru rezeki InsyaAllah dipermudahkan jalannya.

Antara Formula Pantas Seru Rezeki harus kita kenali:

  • Sedekah membersihkan rezeki yang kita ada dan memurahkan rezeki
  • Kunci rezeki tidak terletak pada usaha sepenuhnya
  • Berkat doa ibu bapa menyebabkan rezeki kita banyak
  • Keberkatan mendoakan rezeki orang lain

Banyak lagi rahsia pantas untuk menyeru rezeki untuk kekayaan dan kesejahteraan hidup kita. Jika serius ingin mendapat rezeki dengan pantas:

Formula Pantas Seru Rezeki

Kita dibekalkan dengan panduan dan dalam panduan ada jalannya. Pada jalan itu tinggal kita harus beramal dan lakukan dengan betul. Apa lagi alasan kita untuk sukar mendapatkan rezeki?

Formula Pantas Seru Rezeki

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!