• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Final Piala FA 2013 – JDT vs TRW
Final Piala FA 2013 - JDT vs TRW

Final Piala FA 2013 – JDT vs TRW

Final Piala FA 2013 kali ini pasti menyaksikan satu perlawanan yang sengit apabila Johor Darul Takzim (JDT) akan berhempas pulas menentang Kelantan (TRW) di Stadium Bukit Jalil malam nanti.

Ini merupakan satu perlawanan tumpuan dan impian yang ingin dilihat oleh peminat bola sepak tanah air ibarat bertemu ‘kawan lama’ kembali.

Setelah penjenamaan semula Johor Darul Takzim, kini JDT lihat lebih argesif dan mampu sampai ke gelanggang final manakala Kelantan pula selepas kehilangan ramai pemain tonggak mereka juga masih mampu ke gelanggang final, memang gagah.

Final Piala FA 2013

Final Piala FA 2013 – JDT vs TRW

Jika dilihat sekarang kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing untuk berentap  pada  final kali ini.

#Johor Darul Takzim

Aidil Zafuan kini digantung daripada beraksi pada Final Piala FA 2013 ini kerana dikenakan kad merah minggu lalu semasa menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Walaupun telah membuat rayuan kepada pihak FAM namun FAM menyatakan bahawa keputusan pengadil adalah mukmatad dan tidak boleh diubah lagi yang mana menyebabkan ia tergantung pada 2 perlawanan akibat kad merah tersebut.

Bagaimanapun Johor Darul Takzim dilihat masih mampu mencabar kedudukan Kelantan dalam Final kali ini dengan kelebihan mempunyai pemain bertaraf bintang dalam kumpulan mereka.

#The Red Warrior

Kelantan pula dilihat berbeza apabila berjaya membenamkan 2 pasukan dengan mudah sebelum menghadapi Final Piala FA pada 2013 ini.

Kelantan berjaya menewaskan Terengganu 4-0  di tempat lawan dan Pahang 2-0 digelanggan sendiri.

Ini seolah-olah memberi gambaran awal bahawa Kelantan sudah bersedia menghadapi Final Piala FA ini.

Namun bagaimanapun Kelantan tidak berada dalam kedudukan yang selesa pada malam nanti apabila terpaksa menghalang kemaraan JDT bagi mempertahankan Piala FA daripada dirampas dengan mudah.

Sketsa Penjualan Tiket Final Piala FA 2013

Sejak 2, 3 hari ini kita juga disajikan dengan masalah tiket dan sistem penjualannya. Kita boleh lihat sendiri kedua-dua belah pihak penyokong Kelantan dan JDT hampir menghadapi masalah yang sama.

Ada yang datang beratur seawal jam 2.oo pagi di Bukit Jalil demi mendapatkan tiket bola, ada yang pengsan kerana kesesakan ramai sangat berebut untuk membeli tiket dan ada juga terpaksa panjat bumbung kerana tak dapat keluar setelah membeli tiket di kaunter.

Siapa yang menang?

Siapa yang akan memenangi Piala FA 2013 ini pasti akan menjadi tekaan ramai. Apa-apa pun kita sama-sama saksikan perlawanan ini dengan penuh berhemah.

Yang pergi ke stadium harap tidak membuat sebarang kekecohan yang boleh mendatang bahaya kepada keselamatan kepada semua.

#p/s: Ok tak ulasan ringkas pasal sukan? Pertama kali ni hehe.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

10 Comments

error: Content is protected !!