Feel Berbeza Blog Dengan Telefon

Feel Berbeza Blog Dengan Telefon

Semalam terasa sangat penat walaupun hari Ahad dan hanya duduk sahaja berehat di rumah tidak keluar ke mana-mana. Mana mungkin saya hanya duduk beristirehat sahaja sedangkan masih ada tugasan yang perlu diselesaikan segera dan memerlukannya dalam masa yang singkat.

Semalam bukan penat fizikal tapi penat otak setelah memerah otak untuk beberapa perancangan dan juga perah untuk hasilkan entri hampir 700 patah perkataan juga.

Paling sudah terbiasa pun sekarang ialah 300 patah perkataan lagi-lagi jika masa tersebut otak tidak berserabut sangat.

Jangan lupa terjah 4 Entri ini:

  1. Al-Quran Android.
  2. Video Brosur
  3. Teknik Pengucapan Awam Yang Berkesan
  4. Set Bersalin Shaklee

Feel Berbeza Blog Dengan Telefon

Jadi selepas mengalami kepenatan otak, tidak dapat lagi fokus untuk penulisan beberapa entri terbaru yang sudah semestinya perlu melebihi 3oo patah perkataan lagi.

Sehingga hari ini, inilah baru saya update blog untuk hari ini, biasanya pagi-pagi sudah keluar entri baru.

Mahu juga update banyak-banyak dalam sehari tapi sangat tidak terkejar untuk membalas komen-komen rakan yang telah datang singgah disini dengan berbekalkan masa hanya beberapa jam sahaja sehari.

Kadang-kadang ada bagus kita update banyak dan kejar banyak-banyak tapi saya sekarang ini mengalami kesuntukan masa namun kesuntukan ini langsung tidak mematahkan semangat untuk terus menggunakan masa sepadat yang mungkin.

Ya, saya bukannya seorang blogger tegar mahupun blogger sepenuh masa. Namun dalam waktu bekerja pun masih terfikir akan blog-blog dan waktu rehat cuba-cuba juga melihat perkembangan terkini dan peluang-peluang yang ada.

Terasa juga ingin update blog melalui telefon setelah sekian lama memuat turun aplikasi WordPress di telefon.

Namun feel itu sangat berbeza walaupun memiliki data plan 5GB kelajuan loading di telefon juga berbeza dengan kelajuan loading di laptop.

Mungkin selepas ini di rumah sewa ini akan ditambah pula dengan pemasangan streamyx bagi memaksimumkan lagi penggunaan internet dan blogging, hehe.

Nanti bolehlah jadi seperti zaman di Melaka dulu, streamyx + blog sangat puas hati.

Sedar tak sedar entri ini juga sudah lebih 300 patah perkataan. Sekarang fokus untuk tamatkan kontes dahulu.

Terima kasih 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

6 Comments

error: Content is protected !!