• Home
  • /
  • Review
  • /
  • Dr Inspirasi – Sumber Motivasi Diri
Dr Inspirasi - Sumber Motivasi Diri

Dr Inspirasi – Sumber Motivasi Diri

Dr Inspirasi merupakan sebuah laman yang berkongsikan pelbagai tips-tips motivasi yang cukup berilmu dalam rantaian santai penulis buku Saiful Izzuan.

Bertapak dengan laman drinspirasi.com membawa kepada satu penjenamaan yang tepat dan ditambah pula dengan kandungan-kandungan yang cukup berinspirasi buat sang manusia yang dahagakan atau perlukan sumber inspirasi dalam kehidupan tidak kira aras umur sekali pun.

Dr Inspirasi - Sumber Motivasi Diri

Dr Inspirasi – Sumber Motivasi Diri

DrInspirasi.com dimiliki oleh insan bernama Saiful Izzuan yang mempunyai minat dalam bidang motivasi dan kewangan dan ini merupakan satu gandingan minat yang tepat kerana dalam sistem kewangan sekalipun tetap memerlukan tunjang asas iaitu motivasi diri sendiri.

Bagi saya, motivasi sememang tunjang utama yang terlalu penting dalam fasa kehidupan kita iaitu dalam aspek motivasi diri.

Antara 2 penulisan saudara Saiful Izzuan yang telah baca dan cukup menyentuh benak fikiran serta jiwa saya adalah:

  • Kepandaian Emosi
  • Pengurusan Masa: Bangun Awal Pagi Murah Rezeki

Bagi saya rangkain emosi berkait rapat bagaimana kita memulakan kehidupan seharian kita kerana dalam Islam sendiri menganjurkan kita untuk bangun di awal pagi bukan sekadar dapat beribadah kepadaNya malah sistem emosi kita juga akan lebih positif.

Laman DrInspirasi.com

Dr Inspirasi - Sumber Motivasi Diri

Laman DrInspirasi.com ini menggunakan theme yang simple dan mempunyai loading yang cepat tidak memerlukan panjang masa untuk tamat loading.

Header yang simple but nice sesuai dengan niche laman bermotivasi sebegini kerana ia cukup sekadar melambangkan laman tersebut malah pemilihan warna hijau muda juga sangat tepat kerana ia seoalah-olah memberikan ketenangan kepada sang pengunjung dan pembaca laman ini.

Jenis-jenis artikel dalam laman DrInspirasi.com seperti tips motivasi yang bermanfaat adalah sangat bertepatan apabila mempunyai gandingan seperti:

  • Cerita Motivasi
  • Kata-Kata Motivasi
  • Motivasi Belajar
  • Motivasi Cinta
  • Motivasi Kerja,
  • Motivasi Diri
  • Motivasi Islam
  • Tips Belajar
  • Tips Kerjaya
  • Tips Pembentangan
  • Tips Sihat

Dan beberapa lagi kategori yang lain. Dari segi penulisan tidak perlu dibicarakan lagi kerana seorang penulis buku seperti saudara Saiful Izzuan mempunyai pandangannya sendiri dalam skop penulisan untuk siapa dan permasalahan apa yang bisa diubati dalam terjemahan penulisan.

Mungkin untuk laman DrInspirasi.com, pemilik laman boleh menambah satu lagi page untuk Sitemap untuk memudahkan lagi pembaca mencari tajuk-tajuk artikel penulisan.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!