Dimana Gadis-Gadis

Dimana Gadis-Gadis

Terasa tertanya-tanya pula dimana gadis-gadis semua yang senyum manis dan berwajah ceria serta menceriakan orang yang melihatnya, wah pasti terpikat hati jejaka-jejaka di luar sana dan mampu untuk terpegun seketika.

Dimana Gadis-Gadis?

Apa-apa pun itu bukan yang saya cari, saya sedang terfikir di mana gadis-gadis yang dulunya ada dalam kalangan pembaca blog ini.

Ya mungkin tidak dinafikan saya tidak aktif berkunjung kemana-mana blog gadis-gadis dan setahu saya tidak ramai gadis-gadis menggunakan WordPress buat ketika ini, kalau ada pun yang sudah berumahtangga tapi kelihatan masih awet muda.

Penulisan dalam blog ini juga tidak berkisarkan tentang kehidupan berkaitan gadis banyak lebih kepada tips dan info kepada blogging dan kehidupan rasanya.

Dimana Gadis-Gadis

Bagaimana ya agaknya ingin menambat hati gadis-gadis untuk datang kesini? Perlukah tambah lagi entri mengenai gadis?

Hati perempuan ini sangat lembut tapi tak bermakna perlu buat entri lembut, hehe.

Ya kita sedar gadis-gadis tidak suka akan perkara yang terlalu teknikal mereka lebih suka perkara yang tidak perlu fikir secara kompleks, sekadar menghiburkan hati dan tidak menambah kekusutan kepala mereka, betul ke?

Jika dilihat pada kata kunci yang masuk ke laman blog ini juga tidak ada yang berkaitan dengan gadis-gadis juga.

Blogger-blogger perempuan yang selalu datang komen disini juga kelihatan hilang sejak kebelakangan ini dan saya akui saya sangat kesuntukan masa adakalanya saya tidak sempat membalas komen-komen yang ditinggalkan hari ini.

Untuk kembali ke laman mereka juga saya mengalami permasalahan internet yang amat kritikal disebabkan terlebih guna pada bulan lalu.

Ramai Lelaki Berbanding Perempuan

Dimana Gadis-Gadis

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa blog ini banyak dikunjungi oleh lelaki dan kebanyakannya sangat sempoi – terima kasih.

Saya juga sentiasa akan membalas kunjungan rakan-rakan walaupun saya terlambat sehari dua dalam tempoh masa tertentu.

Kita tidak boleh marah juga kalau kita tinggalkan komen di blog orang dan orang tersebut tidak membalas kunjungan kita kembali dan saya rasa anda tahu apa tindakan anda selepas itu. Hehe

Ok cukup sekadar ini – jom fokus kepada matlamat. 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

42 Comments

error: Content is protected !!