Demam dan Internet

Demam dan Internet

Sejak balik ke kampung badan rasa lain macam dah, berada di Melaka hampir 3 minggu batuk dengan tidak mengambil apa-apa ubat sebab sibuk bagai tapi bila tiba saja di kampung terus lembik badan rasanya.

Dahlaa demam tambah pula internet tak ada maka bertambah lagi demam sebab tak boleh update blog. Ketagih sangat nak buka blog hari-hari, sehari tak update bagaikan ketinggalan zaman rasanya dan rasa serba salah bila tak balas komen-komen rakan blogger yang datang bertandang ke sini.

Demam dan Internet

Kalau di Melaka Wifi ada jadi tak risau, bila balik kampung internet tak ada terkena pula broadband tak bayar bulan ini terus Celcom block tak dapat gunalah internet.

Nasib baik ada simcard Umobile unlimited internet jadi bolehlah guna sekejap untuk update blog dan balas kunjungan rakan blogger.

InsyaAllah mungkin esok dah boleh berblogging seperti biasa.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!