Dapat Duit Ke Menulis Blog?

Dapat Duit Ke Menulis Blog?

Dapat duit ke menulis blog dan persoalan ini haruslah anda tanya pada diri sendiri sebagai mereka yang masing-masing memiliki blog hebat.

Beberapa faktor juga sering menjadi peranan penting dalam menulis artikel di blog masing-masing sehinggalah anda mengalami jatuh bangun dalam survival dunia blog hari ini.

Survival Dunia Blogging

Bagaimana ingin bertahan dalam dunia blog ini, sesetengah penulis suka menjadikan isi kandungan dalam laman mereka sekadar suka-suka namun apabila ditawarkan dengan tawaran artikel berbayar atau advertorial mereka terlalu memilih.

Tidak salah dalam memilih tapi perlukan sedikit “re-check back” perlu fikir dengan harga yang kita tentukan itu adalah kita betul-betul mampu memberikan kualiti yang terbaik atau sekadar copy paste ayat atau kandungan daripada laman asal?

Beberapa faktor penting dalam dunia blog seperti masa dan komitmen itu sendiri dalam menentukan berapa lama dan berapa kerap anda ingin betul-betul berada dalam bidang ini.

Sesetengah pihak yang lain lebih bersetuju jika blogger sepenuh masa untuk mendapatkan bayaran lebih berbanding blogger separuh masa.

Namun beberapa blogger separuh masa juga dilihat amat setanding dengan blogger sepenuh masa, tahniah untuk mereka semua.

Teknik dan Ilmu

Anda juga memerlukan beberapa teknik dan ilmu untuk memantapkan lagi proses menguasai blogging ini dan tidak sekadar menulis tanpa asas serta tidak mempunyai keuntungan semata-mata.

Adalah lebih baik menulis dan mendapat sedikit pendapatan daripada menulis tanpa sebarang tujuan dan manfaat

Mungkin dalam proses mempunyai teknik dan ilmu kita tidak seharusnya hanya tertumpu kepada satu sumber sahaja.

Kita harus pelbagaikan sumber pencarian teknik dan ilmu seperti:

  • Carian berinformasi
  • Carian berbentuk persoalan kepada diri sendiri
  • Berpandukan panduan yang betul
  • Berguru dengan mereka yang telah berjaya
  • Praktikkan sepenuhnya bukan separuh jalan

Dapat Duit Ke Menulis Blog?

Berbalik kepada situasi semasa apa saja yang kita inginkan hari ini perlukan duit dan kalau tidak ada duit adalah lebih baik diam bak kata orang.

Sekerap mana dan selama mana anda telah berada dalam dunia blog ini adakah anda sudah menjana pendapatan melalui penulisan sebaiknya?

Mungkin kita dapat menukarkan penulisan bersahaja kita kepada bentuk penjanaan duit untuk jangka masa panjang.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!