• Home
  • /
  • Blogging
  • /
  • Contest SEO Eridy – Medan Ujian Terakhir
Contest SEO Eridy - Medan Ujian Terakhir

Contest SEO Eridy – Medan Ujian Terakhir

Contest SEO Eridy – medan ujian terakhir bagi saya bagi tahun 2013 ini sebagai menguji sebuah blog yang saya bina pada awal 2013 ini dengan berplatformkan WordPress sehinggalah hari ini yang masih lagi dalam proses membangunkan sedikit demi sedikit.

Sebuah blog bukan mudah untuk terus menerus menempa tempat di laman carian enjin seperti Google terutamanya.

Walaupun pembinaan laman saya ini  secara sederhana saya tidak mendapat trafik daripada Google dan hasil blogwalking semata-mata sebaliknya juga laman carian enjin yang lain seperti Yahoo, Bing, Facebook dan banyak lagi sehinggalah cecahan trafik beribu-ribu hingga tergendala seketika hujung November lalu.

Contest SEO Eridy - Medan Ujian Terakhir

Photo credit: Harry Eggens

Contest SEO Eridy – Medan Ujian Terakhir

Bagi saya contest SEO kali ini adalah mungkin sebuah medan ujian terakhir saya sebagai penulis blog dan ini bermakna bermulanya Januari 2014 saya akan lebih fokus kepada kerjaya saya sendiri.

Memang benar saya memang suka menulis dan menulis sehingga seribu patah perkataan sekali kerana Alhamdulillah saya berjaya melepasi tahap kritikal penghalang dalam mengolah penulisan dengan menggunakan isi penting sekerat cuma.

Sebagai contoh Denaihati sering kali menganjurkan Short Contest dengan menawarkan hadiah saguhati dengan cabaran 20 peserta terawal yang menulis 300 patah perkataan sekurang-kurannya. Bagi saya dan pengalaman saya, saya pernah curi sekejap masa hampir 10 hingga 15 minit untuk siapkan entri tersebut.

Mungkin dari segi olahan itu kurang padat tapi situasi ini menunjukkan jika kita meletakkan diri kita dalam keadaan terpaksa kita mampu lakukannya.

Masa dan Contest SEO

Untuk Contest SEO Eridy ini saya tidak sangat mempunyai masa kerana masa saya kini sepenuhnya tertumpu kepada kerjaya yang saya ceburi sekarang.

Kerjaya ini bukan bidang saya dan ini bermakna saya perlu pelajari satu persatu bermula daripada kosong sehinggalah berjaya menguasainya, InsyaAllah aminnnnnnn.

Namun saya juga masih sempat mengintai perlahan-lahan akan Contest SEO ini seminggu sekali paling tidak lupa untuk melihat perkembangan terkini.

Contest SEO Eridy dan Ilmu

Contest SEO Eridy - Medan Ujian Terakhir

Bercakap tentang ilmu sayalah orang yang paling sedikit mempunyai ilmu dalam dunia blog ini malah tambahan lagi tidak dikenali setanding mereka yang lain.

Saya sukakan sebuah blog yang kemas dan rapi dan kini masih lagi dalam proses ke arah itu dengan nasihat beberapa orang blogger yang baik hati.

Jika berbicara tentang ilmu SEO saya hanya mampu menambah apa yang orang sedang bicarakan dan bertanya jika tidak tahu setelah saya mencari.

Jika kita yang sertai Contest SEO Eridy ini pada awalnya berkata sertai contest SEO ini adalah untuk menimba ilmu dan mempelajari sesuatu yang baharu jadi sehingga hari ini apakah yang telah kita pelajari?

Adakah kita benar-benar pelajari atau sekadar sertai dan berdiam diri tambahan lagi melihat kepada perubahan Google yang betul-betul mengindeks laman yang betul-betul bermanfaat untuk berada di laman depan Google.

Google vs Ilmu SEO Anda

Contest SEO Eridy - Medan Ujian Terakhir

Perubahan yang telah berlaku pada hari ini tidak lagi menjamin bahawa ilmu SEO kita yang sebelum ini mampu menggoda dan menguasai secara manual laman hadapan Google.

Harapan saya semoga dengan penyertaan Contest SEO Eridy ini dapat menambah dan memperbaiki ilmu SEO yang telah kita milik selama ini dan yang terbaik adalah tidak menggunakan taktik jahat atau mengenakan sahabat blogger lain.

Salam tahniah buat Eridy kerana Contest SEO ini telah mendapat perhatian yang sangat menarik daripada rakan-rakan blogger.

Semoga penganjuran kontes selepas ini oleh blogger lain juga mendapat sambutan yang hangat seperti ini. Wassalam.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

14 Comments

error: Content is protected !!