• Home
  • /
  • Contest
  • /
  • Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora anjuran Kak Nowa Pet Lover. Kalau cerita bab pet lover, kak Nowa menjadi tarikan saya. Bukan tarikan dirinya tapi pada kucingnya yang bernama Kopi dan Susu.

Jika di laman Facebook nya anda boleh lihat si montel kucing itu. Tapi dalam artikel ini saya ingin coretkan sedikit kenangan yang ada kaitan dengan petua dan herba bagi cabaran kontes kali ini.

Petua dan Herba

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Cerita petua dan herba sangat popular pada zaman dahulu kala. Berbagai resepi dan rahsia disebalik tabir. Perlbagai jenis herba dan ramuan yang menjadi sumber kekuatan orang dahulu.

Namun anak muda pada hari ini sudah tidak kenal erti petua dan herba. Hanya bab-bab tertentu sahaja yang menjadi tumpuan mereka. Kita di dunia hari ini lebih suka akan bahan kosmetik yang telah dipelbagaikan.

Amat malangnya kita tidak tahu. Inovasi yang berlaku pada hari ini adalah intipati daripada zaman dahulu kala. Contohnya pelbagai jenis syampu keluaran hari ini. Tapi kita tidak tahu apakah jenis pencuci kepala orang zaman dahulu gunakan. Atau kepala mereka tidak pernah bermasalah seperti kita pada hari ini?

Contoh Penulisan Petua dan Herba

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Saya suka memetik beberapa contoh tentang penulisan petua dan herba. Penulisan orang mereka yang terdahulu mungkin dijadikan panduan buat Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora ini.

  • Al-Ghafiqi (m.d 1165M) telah mengarang kitab al-Adwiyah al-Mufradah mengenai tumbuh-tumbuhan dan herba perubatan.
  • Al-Baytar (m.d 1248M) telah mengarang Kitab al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami’ fi al-Adwiyah al-Mufradah juga mengenai botani dan kaitannya dengan ubat-ubatan.
  • Ali ibn Rabban al-Tabari (838-870M) telah mengarang Kitab Firdaws al-Hikmah yang membincangkan tentang tumbuh-tumbuhan.

Itulah sekadar perkongsian secara umummnya. Petua dan herba ini sangat pratikal pada zaman dahulu kala.

Namun sistem pemakanan kita pada hari ini telah banyak perubahan. Akan tetapi konsep petua dan herba ini masih relevan masa kini. Tidak dinafikan masih ada mereka yang mencari akan petua dan herba. Perkara ini penting bagi merawat beberapa penyakit atau sindrom dan sebagainya.

Kelebihan Limau Purut

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Kebaikan dan rahsia limau purut ini sangat popular sebenarnya. Khasnya buat mereka yang sedar akan kelebihannya. Limau purut yang biasanya digunakan dalam rempah ratus masakan.

Kelebihan limau purut ini merangkumi beberapa perkara:

  • Daunnya sentiasa digunakan dalam masakan tomyam yang memberikan bau dan rasa yang sedap.
  • Penggunananya juga meliputi syampu rambut untuk masalah kelemumur di kepala.
  • Hasil ekstrak daripada minyak pati limau purut ini digunakan untuk aromaterapi, nutraseutikal dan produk pernjagaan diri.
  • Jika mengalami gigitan serangga berbisa dan lebam, maka limau ini boleh digunakan dan akan merangsang juga perjalanan darah.
  • Menghilangkan bau badan dan serta melembutkan kulit.
  • Ada juga yang menggunakan limau purut ini sebagai pencuci muka.
  • Limau purut ini juga digunakan untuk merawat masalah kekuningan gigi dengan menumbuk sehingga halus garam beserta daun limau purut ini.

Gambar limau purut ini pernah saya kongsikan di Instagram saya pada beberapa tahun dahulu dan dikongsikan sekali lagi beberapa minggu yang lalu. Dan juga artikel di Wordless Wednesday yang bertajuk Limau untuk muka sebagai pengetahuan pembaca.

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Saya bukanlah hebat dan cerdik dalam petua dan herba. Namun untuk meraikan Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora ini saya teringat akan kenangan dahulu.

Ketika menetap di Terengganu beberapa bulan, dibahagian belakang rumah sewa ada sebatang pokok limau. Pada mulanya seram juga lihat akan pokok limau ini. Ia rendang dan menunduk ke arah tanah membentuk separa bulat. Sebulan dua bulan tidak berani mendekati pokok tersebut.

Sehingga abang ipar berkunjung ke rumah ini dan beritahu akan kelebihan limau ini. Limau ini namanya limau purut! Biasalah orang muda budak bujang mana mahu ambil tahu akan pokok-pokok sekitar rumah sewa.

Antara 3 artikel yang saya minati dari blog Kak Nora ini ialah:

Saya pasti setiap orang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berbeza. Saya meraikan perbezaan anda semua, jika tidak keberatan kongsikan pendapat dan pengalaman anda dibawah.

“Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER”

Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspiredMagazine, MazlindaShop, AdamJTanOfficial, ByPuji, BeeVenomMalaysia, AlphaLipidMalaysia, ByHawaOrked, BabyZoomerShoppe, NadiaSecret, ZieFauzi, NorfaNil, KhairulZamri dan Annisabiz.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

32 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge