Cikgu Lelaki Teruna

Cikgu Lelaki Teruna

Cikgu lelaki teruna menjadi antara lelaki idaman buat guru-guru yang muda dan bujang dikalangan mereka baru menceburi bidang perguruan. Ramai yang tertarik dengan jejaka teruna sebegini kerana dari segi penampilan dan gaya serta sahsiah sebagai seorang cikgu lelaki yang muda.

Saya cukup hairan kenapa anda mencari cikgu lelaki teruna kenapa tidak mencari cikgu lelaki sahaja?

Pastinya ada daya tarikan tersendiri buat cikgu lelaki teruna sehinggakan carian ini memasuki blog ini semenjak entri Lelaki Teruna Tak Terkalah beberapa bulan lalu.

Cikgu Lelaki Teruna

Kebanyakkan cikgu lelaki teruna sangat gemar bergaya dan menjaga penampilan diri masing-masing, masih teringat lagi pengalaman sewaktu di bangku persekolahan saya ada baik dengan seorang cikgu lelaki yang baru sahaja menceburi bidang perguruan.

Usah bicara, dari segi potongan rambut, ketajaman kemeja yang digosok menakjubkan malah tambahan pula mempunyai gaya bahasa yang menyenangkan anak-anak murid.

Apa kata anak murid? Sudah tentu mereka suka mendampingi seorang cikgu yang boleh bercakap dan berbicara sebagai seorang kawan.

Pandangan Cikgu Perempuan?

Tidak dinafikan juga cikgu perempuan yang muda dan bujang juga turut tidak kurang tertarik dengan cikgu lelaki teruna.

Bagi mereka cikgu lelaki teruna:

  • Seorang yang berkaliber
  • Seorang yang bergaya
  • Mempunyai perwatakan dan gaya yang menarik

Namun anda perlu ingat bahawa pandangan luaran tidak menggambarkan segalanya untuk sifat dalaman. Cikgu lelaki teruna yang bergaya dan kacak sememangnya mampu memikat pandangan gadis-gadis termasuk di kalangan pelajar perempuan di sekolah.

Sebagai seorang cikgu anda harus bersifat amanah dan jujur dengan tanggungjawab yang anda pikul sebagai pendidik bukannya melayan kerenah serta kehendak anak-anak murid terutama pelajar perempuan.

Ya, anda mempunyai perwatakan menarik namun elakkan berlakukan fitnah dalam skandal kerana dengan itu anda telah terkeluar daripada sistem perguruan anda.

Cikgu Lelaki Teruna

Jadilah seorang cikgu lelaki teruna yang kacak dan berkaliber dalam pelbagai aspek terutama aspek nilai siasah diri dan model kepada anak-anak murid.

Seorang cikgu mampu mempengaruhi kehidupan anak muridnya sepanjang umurnya kelak sehingga berjaya sekali pun seorang cikgu tetap akan dikenang jasanya.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

18 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!