• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Cara Untuk Menulis Kembali
Cara Untuk Menulis Kembali

Cara Untuk Menulis Kembali

Cara untuk menulis kembali setelah sekian lama meninggalkan laman atau blog anda adalah satu cara yang kritikal untuk anda calitkan kembali kepada dalam diri kita. Ini sangat bertepatan bagi mereka yang telah lama meninggalkan penulisan mereka dalam dunia blog sebegini.

Menulis dan membaca sememangnya perkara yang berbeza bagi kita yang menulis serta membaca adalah satu kelebihan dan mempunyai peluang dalam meningkatkan lagi penulisan daripada apa yang kita baca tersebut.

Momentum dan Berterusan

Disinilah pentingnya dan peranan yang bakal membantu kita sebagai seorang penulis iaitu momentum dan berterusan, maka pengelakkan diri daripada terjebak dengan zon kemalasan berpanjangan adalah sangat penting.

Jika kita terlalu lama berhenti menulis adalah menjadi kesukaran untuk memulakan kembali rentak kita dalam penulisan kerana fokus dan pemikiran serta matlamat sedikit kabur.

Berterusan tak bermakna pula perlu update hari-hari, berterusan berada dalam pembacaan artikel-artikel laman blog lain walaupun pada hari tersebut kita tidak tulis sebarang artikel.

Mood dan Idea

Kalau tiada mood pun juga sukar walaupun banyak idea sebagaimana yang sedang saya hadapi sekarang. Begitulah juga ada mood tapi tiada idea mungkin boleh diusahakan lagi kerana idea kita boleh dapatkan dari mana-mana sahaja apabila kita berada dalam mood.

Cara Untuk Menulis Kembali

Tiada cara yang sukar untuk menulis kembali hanya bermula dengan beberapa perkara mudah tapi anda mungkin lihat sebagai leceh dan tidak penting.

Banyak cara boleh kita buat untuk naikkan kembali semangat dalam rangkuman penulisan kita ini. Saya kongsikan sedikit apa yang pernah saya lakukan untuk kembali terus menerus dalam menulis blog:

  • Baca kembali artikel-artikel lama dalam blog
  • Semak kembali senarai perkara perlu buat
  • Baca perkembangan terkini blogger-blogger lain

Tak banyak 3 perkara ini sangat asas dan hanya memerlukan masa beberapa ketika sahaja bergantung pada kita jumlah mana ingin kita baca.

Jadikan penulisan kita lebih berkualiti supaya nilai blog anda ada pada diri anda sendiri sehinggakan satu tahap anda tidak akan sebut perkataan berhenti dan tutup blog tersebut.

Pesanan Penaja Elakkan Copy Paste Artikel Orang Lain.

Sekian tips ringkas dari saya, mungkin ada pendapat berbeza boleh dilontarkan secara berhemah diruangan komen.

Terima kasih.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

18 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!