• Home
  • /
  • Blogging
  • /
  • Cara Tinggalkan Komen dan Link di WordPress
Cara Tinggalkan Komen dan Link di Wordpress

Cara Tinggalkan Komen dan Link di WordPress

Cara tinggalkan komen dan link di WordPress tanpa spam ini, saya kongsikan setelah membaca entri daripada saudara Hasrul Hassan yang berkongsi mengenai cara tinggalkan link di blogspot tanpa spam.

Jadi sebagai pengguna WordPress tidak salah untuk saya kongsikan juga pendedahan umum ini. Mungkin yang sudah terbiasa tidak pelik, buat yang mereka belum tahu kali ini ingin beritahu.

Jangan berhenti membaca sambil mencuba sebab entri ini sangat mudah.

Cara Tinggalkan Komen dan Link di WordPress

Cara tinggalkan komen dan link di WordPress ini sudah diketahui umum oleh pengguna WordPress, tapi ruginya bila pengguna blogspot tidak mahu menggunakan kemudahan yang ada di WordPress – ada seperti sedia perkhidmatan di stesen bas ke?

Seolah-olahnya begitulah, bila kita pergi kemana-mana ada saja kemudahan, kenapa kita tidak mahu gunakan kemudahan yang disediakan lagi jika ia percuma, bukan seperti masuk tandas kena bayar.

Ok kembali kepada cara-caranya:

Cara tinggalkan komen dan link di wordpress

  • Tinggal Url blog/homepage bukan url post kerana kalau letak url post akan masuk ke kotak spam. Sesetengah blogger tak lihat dah siapa ada dalam kotak spam, mereka akan terus delete.
  • Komen berdasarkan topik yang ditulis, elakkan menggunakan simbol yang pelik sebagai melambangkan icon atau perasaan anda, sebaliknya jika mahu guna icon sudah ada dibahagian bawah. Klik sahaja.
  • Cabar diri sendiri membina komen kualiti di blog orang lain, bukan untuk tuan blog itu semata-mata tapi umpama kredit kepada diri anda sendiri.
  • Tick pada CommentLuv, adalah perlu supaya entri terkini anda terpapar disini. Mungkin pembaca atau pelawat lain mungkin tertarik dengan tajuk penulisan terkini anda. Rugi jika tidak tinggalkan link entri anda yang terkini pada blog yang anda komen – apa makna pergi komen ke blog orang lain?

 

Hasilnya

Cara Tinggalkan Komen dan Link di WordPress

Itu adalah hasilnya yang akan anda lihat bila tick CommentLuv.

Oh ya, sebelum terlupa. Jika anda pengguna blogspot atau bukan pengguna berdaftar hanya satu saja link entri anda akan keluar pada post yang anda komen. Boleh daftar jika mahu.

Kenapa Ada Gambar dan Ada Icon?

Cara Tinggalkan Komen dan Link di WordPress

 

Yang ada gambar sudah pasti mereka pengguna WordPress tapi jangan kecewa sebab walau anda bukan seorang pengguna WordPress anda mampu ada gambar kacak seperti kami semua. Bagaimana caranya?

Daftar sahaja secara percuma dengan Gravatar. Bila anda komen dimana-mana sahaja dengan menggunakan nama dan emel anda pasti gambar wajah anugerah Illahi akan turut terpapar sekali.

An “avatar” is an image that represents you online—a little picture that appears next to your name when you interact with websites.

A Gravatar is a Globally Recognized Avatar. You upload it and create your profile just once, and then when you participate in any Gravatar-enabled site, your Gravatar image will automatically follow you there.

Gravatar is a free service for site owners, developers, and users. It is automatically included in every WordPress.com account and is run and supported by Automattic. – Gravatar.com

 

Terima kasih

Saya sendiri pun menggunakan Gravatar semasa belum berpindah ke WordPress, sebab menarik komen di blog-blog mereka yang hebat keluar gambar kita sendiri. Masa itu mula-mula berblog dan selalu masuk blog AriffShah, dari situlah baru tahu boleh daftar Gravatar.

Jika berminat untuk berpindah ke WordPress bolehlah pilihan pakej di sini.

Terima kasih kerana membaca sampai habis, mulakan hidup anda dengan komen diblog orang lain. 🙂

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

52 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!