• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Cara Set Auto Delete Facebook Jika Meninggal Dunia

Cara Set Auto Delete Facebook Jika Meninggal Dunia

Artikel cara set auto delete Facebook jika meninggal dunia ini adalah update yang terbaru. Terdahulu saya ada menulis tentang Cara Delete Akaun Facebook Orang Yang Telah Meninggal Dunia. Benda dah nyata dan jelas kalau kita mati takkan siapa tahu password Facebook kita, kecuali kita ada autosave di PC dan kongsi kepada sesiapa.

Sebelum ini juga ramai yang emel dan bertanya. Minta tolong deletekan akaun FB saudara, abang, adik kakak dan sebagainya yang telah meninggal dunia. Semua itu bukan tak nak tolong tapi anda kena buat sendiri seperti yang ditulis pada artikel sebelum ini. Sama ada anda tak baca artikel atau anda memang tidak faham sukar adalah untuk saya tolong.

 

Kenapa Perlu Set Auto Delete Facebook

Sedangkan malang tidak berbau inikan pula kematian. Siapa boleh sangka beberapa jam akan datang anda masih hidup. Sudah ada Takaful atau Wasiat Islam kah, kalau belum ada boleh segera apply dengan saya.

Sehingga kini kita masih bernyawa dan hidup. Maka ambillah peluang ini untuk set akaun Facebook anda supaya automatik delete apabila anda meninggal dunia. Tak kiralah bila kita akan pergi yang pasti bila kita pergi, kita tak susahkan orang lain.

Lainlah juga kalau di Facebook anda tidak merapu dan update segala cerita 24 jam anda. Tidak menyebarkan fitnah dan paling penting tak jadi Keyboard Warrior! Apa lagi yang kita buat dekat Facebook hari-hari?

 

Cara Set Auto Delete Facebook Jika Meninggal Dunia

Cara set automatik delete Facebook anda jika meninggal dunia ini tidak susah sangat sebenarnya. Caranya mestilah kena setkan waktu masih hidup lagi atau selepas anda baca artikel ini. Mudah dan simple sahaja tak perlu perah otak dan Google banyak-banyak.

 

Cara Set Auto Delete Facebook Jika Meninggal Dunia

  • Klik pada bahagian atas kanan dan klik pada bahagian setting seperti tertera.

Cara Set Auto Delete Facebook Jika Meninggal Dunia

 

  • Seterusnya akan keluar paparan seperti berikut. Lepas itu klik bahagian security pada sebelah kiri.

Cara Set Auto Delete Facebook Jika Meninggal Dunia

 

  • Seterusya akan keluar paparan seperti dibawah. Lihat pada bahagian Legacy Contact dan klik edit.

Cara Set Auto Delete Facebook Jika Meninggal Dunia

 

  • Seterusnya akan keluar paparan Legacy Contact. Klik pada bahagian Account Deletion.

Cara Set Auto Delete Facebook Jika Meninggal Dunia

 

  • Selepas itu satu paparan seperti dibawah ini akan keluar. Klik pada kota biru bertulis “Delete After Deadth” dan anda akan diminta untuk memasukkan password Facebook anda.

Cara Set Auto Delete Facebook Jika Meninggal Dunia

 

Jika Tak Nak Delete Akaun Tapi Nak Sentiasa Aktif

Kini ada tambahan juga pada bahagiam Legacy contact ini. Kita diberi 3 pilihan dalam akaun kita sendiri. Pertama tak perlu buat apa-apa namun pastikan saham anda di Facebook tak menganggu di alam sana. Kedua ialah dengan cara set auto delete Facebook jika meninggal dunia. Ketiga pula ialah kita setkan siapa akan akan control akaun kita bila kita meninggal.

Cara Set Auto Delete Facebook Jika Meninggal Dunia

 

Bagaimana Legacy Contact Ini Berfungsi?

Legacy contact berfungsi dimana anda telah setkan siapa orangnya pada hari ini. Jika apa-apa berlaku kepada anda termasuklah meninggal dunia, legacy contact ini boleh buat beberapa perkara untuk anda:

  • Tuliskan status-pin ( a pinned post) pada profil Facebook anda sebagai mesej kepada rakan kenalannya. Legacy contact berfungsi sebagai wakil atau pihak bagi anda.
  • Boleh respon kepada request friend.
  • Boleh muat naik gambar profil dan cover photo pada akaun Facebook anda.

Walaubagaimanapun, Legacy contact ini tidak boleh:

  • Log in kepada akaun anda secara terus.
  • Buang atau ubah sebarang post, gambar dan apa-apa sahaja yang anda kongsikan di timeline anda hari ini.
  • Remove friend di Facebook anda.

 

Apa Persediaan Anda Jika Meninggal Dunia?

Ini antara soalan biasa orang akan tanya. Tapi adakah kita betul-betul telah selidik apa yang kita sediakan. Selaian daripada amal ibadah, elakkan juga saham-saham tidak baik dari Facebook kita sendiri. Mudah dan simple, elakkannya hari ini juga.

Bagaimana dengan orang tersayang. Apa wasiat yang kita tinggalkan. Tahukah anda bahawa orang tak kaya pun boleh tinggalkan wasiat berpuluh ribu untuk orang tersayang dengan Wasiat Islam. Berminat untuk tahu lebih lanjut boleh contact saya di blog ini atau Facebook.

Sejumlah wang dari Wasiat Islam ini boleh membantu mereka survive dan setelkan hutang kita jika masih belum selesai. Takkan nak biarkan beban hutang pada orang tersayang?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

25 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!