• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Cara Pantas Menurunkan Berat Badan
Cara Pantas Menurunkan Berat Badan

Cara Pantas Menurunkan Berat Badan

Cara pantas menurunkan berat badan tapi berapa pantaskah yang anda tahu dan sejauh manakah tempoh kepantasan itu mampu menurunkan berat badan impian anda selama ini. Tidakkah kita risau dengan kesan selepas penurunan berat badan secara mendadak dalam tempoh masa yang singkat?

Berbagai produk yang dikeluarkan hari ini bagi membantu proses penurunan berat badan rakyat Malaysia, ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat suka makan tidak mengikut sistem piramid makanan yang betul.

Rata-rata kenaikan berat badan juga menyebabkan mereka mengalami depresi secara dalaman dan membuatkan merasa berputus asa lalu makan apa saja tanpa hiraukan lagi bentuk badan dan berat badan yang ideal.

Risiko Berat Badan Berlebihan

Cara Pantas Menurunkan Berat Badan

Mempunyai berat badan yang berlebihan menyebabkan ramai yang ingin menyendiri dan tidak mahu berusaha ke arah bentuk dan berat badan yang terbaik.

Ya, di negara kita sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan kalau anda makan hari ini minggu depan pun masih belum habis merasai semua jenis makanan di Malaysia.

Terlebih makan dengan mengikut rasa hati ingin mencuba pelbagai makanan tidak salah namun ia mengundang risiko berat badan berlebihan apabila anda tidak mengatur cara pemakanan yang betul.

Pelbagai penyakit bakal dihadapi setelah beberapa tahun seterusnya akibat kenaikan berat badan.

Apakah anda ingin hari ini anda seronok dan gembira merasakan pelbagai jenis makanan namun 2, 3 tahun akan datang anda memikul beban pelbagai penyakit?

Antara kekangan yang kita hadapi apabila mempunyai masalah berat badan:

  • Saiz baju dan seluar bertambah
  • Keyakinan diri berkurang
  • Terpaksa mengempis perut dikalangan rakan-rakan yang tidak boroi
  • Terpaksa pakai baju besar supaya tidak ikut bentuk badan
  • Malas untuk bersenam
  • Suka tidur
  • Gadis-gadis kurang berminat

Cara Pantas Menurunkan Berat Badan

Cara Pantas Menurunkan Berat Badan

Apakah cara pantas dan terbaik menurunkan berat badan lagi jikalau tidak bermula dengan diri kita sendiri.

Jangan tunggu 5 bulan sebelum perkahwinan baru ingin mengurangkan berat badan sebab belum tentu ianya berjaya turun dengan selamat.

  • Kurangkan minum minuman bergula
  • Banyakkan minum air kosong
  • Kurangkan makan makanan bergula
  • Kurangkan makan makanan berminyak dan berlemak
  • Bersenam setiap pagi dan petang
  • Pergi ke Gimnasium
  • Putus cinta
  • Berkawan dengan mereka yang kurus
  • Tetapkan plan pemakanan harian
  • Elak minum dan makan selepas jam 11 malam

Kenapa ada kaitan dengan gula?

Gula juga sejenis kandungan yang berbisa bukan sahaja mampu menyebabkan diabetis namun ia juga mampu bertukar kepada lemak.

Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan pembentukan lemak dibawah lapisan kulit sedikit demi sedikit. Jadi kurangkan pengambilan kandungan gula yang berlebihan.

Jadi senang saja amalkan gaya hidup yang sihat anda pasti selamat.

Dapatkan lagi info mengenai cara pantas menurunkan berat badan dengan Teknik Kurus dengan Atkins.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

36 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!