• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Cara Lupakan Perkara Silam

Cara Lupakan Perkara Silam

Cara lupakan perkara silam yang berkesan dan bagaimana pula kita ingin memastikannya agar tidak terus menghantui hidup kita hari ini walau telah lama berlalu sehinggakan ada saat kita merasakan kita kembali bermain dengan perasaan sendiri.

Perkara silam sangat subjektif ia terpulang pada individu itu sendiri apakah perkara silam mereka dan sejauh manakah perkara silam tersebut bakal menghantui jiwa dan perasaan mereka.

Hidup dalam keadaan dan perkara silam boleh diibaratkan seperti kita masih lagi berada dalam mimpi yang mana kita takkan berganjak ke depan demi sebuah kehidupan yang lebih baik daripada masa silam tersebut.

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila…” – Dr ‘Aidh Al-Qarni

Cara Lupakan Perkara Silam

Contest SEO Eridy - Medan Ujian Terakhir

Sering terasa bodoh kerana sentiasa bermain dengan perasaan dan pemikiran tentang kisah lalu adalah satu kerugian dalam hidup kita sedangkan masa sedang berlalu dengan pantas.

Dekatkan Diri KepadaNya

Hari ini jika kita jatuh tersungkur sekalipun lafazkanlah istigfar dan sujudlah kepadanya sesungguhnya apa yang datang dan pergi itu adalah hak milikNya.

Kita harus sedar kehebatan perancangan kita buat sekali pun jika Allah SWT tidak meredhainya maka dalam apa jua keadaan sekali pun ia takkan terjadi.

Kembalikanlah fitrah diri kita kepada Pencipta agar kita muhasabah dan merenung kembali sebuah titip-titip perjalanan yang kita lalui hari ini betul-betul berada di jalan yang diredhai atau sebaliknya.

Hadirkan Perasaan Sesal Secara Sederhana

Ya kita harus menyesali secara berhemah atas kesalahan kita agar kita tidak terkeluar dari batasan tidak menerima Qada dan Qadar Allah SWT.

Menangis, menitis air mata dan bersedihlah untuk jangka masa yang paling singkat jangan berpanjang-panjangan.

Kita harus sedar masih ramai lagi yang menghadapi ujian yang lebih berat dan besar daripada kita hari ini, fikir-fikirkanlah.

Bercuti dan Rehatkan Minda

Kalau berada di bandar pulanglah ke kampung seketika, melihat wajah ibu dan ayah pasti menenangkan fikiran dan jiwa kita bahkan mendapat keberkatan lagi.

Bercuti untuk menenangkan kekusutan fikiran kita agar tidak terus bermain dengan mainan perasaan.

Sibukkan Diri Dengan Berbagai Aktiviti

Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan demi melupakan pemusatan pemikiran kita terhadap perkara negatif.

Berjumpa dan berborak dengan kawan-kawan lama, cari perkara yang mampu menggembirakan diri sendiri dan tidak hanya duduk sendirian.

Berbagai Cara Lupakan Perkara Silam

Cara Lupakan Perkara Silam

Sangat banyak cara melupakan kisah-kisah silam yang mampu membantu kita merasakan seperti “hidup kembali”.

Buat apa untuk fikirkan perkara silam sedangkan perkara tersebut telah pun berlalu dan watak-watak dalam kisah silam juga sudah lupakan kita.

Carilah kegembiraan dan kepuasan untuk diri sendiri, berubah kearah kebaikan adalah lebih bagus daripada terus menerus mengharapkan kisah silam tersebut kembali berputik dan menyinari hidup kita.

Jika kita pernah gagal tak bermakna hari ini anda tiada kehidupan selepas kegagalan tersebut.

Pemusatan pemikiran kita akan bermula dengan pemulihan perasaan hati kita, pemangkin semangat dalaman kita dan penetapan fokus dan matlamat hidup kita di depan hari.

Jika ada pendapat sendiri sila coretkan dibahagian komen secara berhemah 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

19 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!