• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Cara Kekalkan Kelajuan Laptop
Cara kekalkan kelajuan laptop

Cara Kekalkan Kelajuan Laptop

Berbagai cara kekalkan kelajuan laptop kita yang terhadap di dalam internet hari ini dan ini termasuk juga cara meningkatkan kelajuan laptop. Ingat cara kekalkan kelajuan laptop dan cara tingkatkan kelajuan laptop adalah satu perkara yang berbeza. Kali ini saya kongsikan cara kekalkan kelajuan laptop ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri.

Pengalaman Penggunaan Laptop

Saya sendiri hanya menggunakan laptop Acer Aspire 4920 yang mana hari ini sudah genap 5 tahun penggunaan laptop ini dan alhamdulillah syukur kepada Allah sampai hari ini performance laptop masih lagi seperti baru beli, tak percaya? Mari jumpa saya tunjukkan. Pengalaman 5 tahun menggunakan laptop iaitu sejak Windows XP pindah ke Windows Vista lepas itu up lagi ke Windows 7 dan sekarang pula sedang menggunakan Windows 8.  Siapa kata laptop lama tak boleh guna Windows 8?

Cara Kekalkan Kelajuan Laptop

Kekalkan kelajuan laptop bermakna kita tidak meng-upgrade apa-apa hardware yang ada pada laptop kita, dengan kata mudah kekal kelajuan laptop dengan performance laptop yang sedia ada sejak hari mula kita beli lagi.

Berikut adalah sistem laptop saya sendiri.

Cara kekalkan kelajuan laptop

Piriform CCleaner

Ini merupakan software yang boleh didapati secara percuma di laman web rasminya. Saya pernah cuba menggunakan pelbagai jenis software yang fungsinya lebih kurang sama seperti Utilities, Defragler dan beberapa software lain. Semuanya ada kelebihan masing-masing, tapi kita kena tahu kita install software itu hanya bertujuan untuk kekalkan kelajuan jadi fungsi lain selain itu adalah tidak perlu yang kadang-kadang boleh memberatkan juga laptop kita.

Cara kekalkan kelajuan laptop

Antara fungsi-fungsi CClener ini adalah – membersihkan semua ruang dalam komputer/laptop seperti Internet Files, Firefox, Google Chrome, Opera, Safari, Windows, Recycle Bins, Recent Document yang meliputi temporary files, history, cookies, download history, index.dat, unused and old registries dan juga history.

Disk Defragmenter

Disk defragment pula adalah utiliti yang sudah tersedia ada oleh Windows sendiri yang berupaya meningkatkan kelajuan laptop/komputer anda dengan menyusun semula fail-fail sistem kembali disebabkan penggunaan kita seharian. Senang cakap susun semula struktur fail sistem dalam laptop kita.

Cara kekalkan kelajuan laptop

Penggunaannya boleh disetkan berjalan secara automatik seminggu sekali, tapi saya nasihatkan anda lakukannya secara manual iaitu dengan mematikan sambungan internet pada laptop dan tutup segala files dan software yang anda guna.

Cara Penggunaan Efektif Piriform dan Defragmenter

Mengapa efektif? Sebab ini merupakan amalan yang saya lakukan sendiri dan ternyata ia berkesan. Kedua-dua gabungan ini mampu mengekalkan kelajuan laptop anda jika sentiasa diamalkan.

  1. Piriform CCleaner perlu update jika ada versi yang baru supaya fungsinya sentiasa lebih baik daripada sebelumnya.
  2. Matikan semua sambungan internet pada laptop/komputer.
  3. Tutup semua software, document dan files pada laptop/komputer anda.
  4. Pastikan anda tidak melakukan aktiviti lain pada laptop/komputer semasa operasi ini dijalankan.
  5. Pertama guna Piriform CCleaner terlebih dahulu bagi membersihkan files-files yang tidak berguna dan ia secara automatik akan clear caches, history, internet temporary files, internet history dan juga mengosongkan recycle bin anda.
  6. Selesai sahaja, jalankan pula Defragmenter untuk setiap partition harddisk anda.
  7. Kalau anda baru pertama kali lagu Defragment ini, ia akan memakan masa yang lama sedikit, tapi untuk seterusnya akan mengambil masa yang pendek saja.
  8. Amalkan tips ini seminggu sekali – apa salahnya guna masa 15 minit seminggu untuk kekalkan kelajuan laptop anda sendiri.

Update Windows

Bagi saya update windows juga perlu, ada sesetengah orang cakap update windows tidak memberi apa-apa kesan pada kelajuan laptop. Terdahulu saya update Windows 7 hingga satu masa terus dapat Windows 7 SP1, performancenya sudah pasti ada sedikit perbezaan.

Kesimpulan

Jelas? Saya sudah lakukan teknik ini sejak mula miliki laptop ini lagi, jadi jika anda 3,4 tahun sudah beli laptop dan baru ingin amalkan cara ini saya tidak jamin 100% sama hasilnya dengan saya. Apa-apa pun cara kekalkan kelajuan laptop tidak tertumpu pada teknik ini saja, teknik ini saya kongsikan berdasar pengalaman saya sendiri.

[button-blue url=”http://www.ashadee.net/go/51472/kazen” target=”blank” position=”center”]                    13 Teknik Melajukan PC dan Komputer Peribadi Anda Secara Efektif                    [/button-blue]

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

64 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!